Tuesday, January 18, 2011

Sassy Girl... Chun-Hyang


'Sakit kepala jika dah letih. Aku akan berada di sana disebabkan air matamu. Ku tinggalkan dikau pada mulanya kerna aku tidak mahu kehilanganmu.'

Sebuah kisah Korea lakonan Park Shi-eun, Eom Tae-woong, Jae Hee dan Han Chae-young pada perkiraan penulis merupakan sebuah komedi romantik yang dapat mengusik jiwa dengan kisah percintaan, persahabatan, kejayaan dan juga kegagalan. Kisah antara Sung Chun-hyang dan Lee Myong-ryong yang mengalami bermacam-macam peristiwa pahit dan manis ketika bersama. Biarpun mereka saling sayang menyayangi antara satu dengan yang lain tetapi dek kerana keegoan masing-masing menyebabkan mereka menderita.


'Kau menangis dengan memandang ke tempat lain. Aku membenci kau yang bersikap begini. Sebab itu aku pun turut menangis. Aku merinduimu. Rindu sehingga hatiku sungguh sakit. Semoga kau bahagia dengan cintaku walaupun aku sudah mati.'

Kemunculan lelaki lain yang menyukai Chun-hyang menyebabkan mereka terpaksa berpisah. Terpaksa lari dari kenyataan dan sentiasa berpura-pura bila bertemu. Biarpun begitu semakin mereka jauh semakin sayang menyerang dalam hati mereka. Namun payah sungguh untuk mereka meluahkan perasaan masing-masing menyebabkan mereka jadi letih, lari dari perasaan. Kekuatan cinta mereka hanya satu. Kepercayaan terhadap satu dengan yang lain sungguh kuat. Chung-hyang terpaksa berkorban menjauhkan diri dari Mong Ryong bagi menyelamatkan kekasihnya dari fitnah yang bakal menggelapkan masa depan Mong Ryong.

Setelah tamat belajar Mong Ryong menjadi pendakwaraya dan berjaya mencari penyelesaian terhadap fitnah yang telah dilemparkan keatas dirinya.

'Kekasihku Sahabatku
Aku hanya mahukan kau
Cinta kita adalah TAKDIR tuhan.'




2 comments:

rahmahmokhtaruddin said...

Layan Korea juga rupanya, hehe.. Sudah lama saya tak mengadap drama bersiri :D

A. Hamid Halim said...

actually dah lama saya layan cerita jepun & Korea ni...
Family pun suka tengok.
Ada ruang untuk satu family berkumpul untuk menonton bersama... hehe

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...