Friday, January 1, 2021

Selamat Tahun Baru 2021




Hari ini 1hb Januari 2020. Permulaan tahun baru. Bila masuk tahun baru kita akan terpanggil untuk membuat azam yang baharu. Sekilas pandang ianya seperti sebuah budaya yang perlu dilakukan setiap tahun. Setiap orang ingin lebih berjaya dan lebih maju dari masa ke semasa.
Jika kita tidak dapat mencapai azam kita yang sebelum ini bukan bermakna kita lemah atau tidak berdaya maju dan berdaya saing.
Setiap orang mempunyai kehebatan yang tersendiri. Kepakaran antaravindividu tidak sama. Jika sebagai seorang ketua perlu melihat dan menyeimbangkan kekuatan individu dalam satu pasukan. Ini akan menjadikan pasukan kita kuat.
Apa2 pun sama sama kita nengharungi rahun baru ini dengan tenang.

Friday, September 25, 2020

Jalan-jalan Cameron Highland Day 3


Hari ketiga kami seperti biasa turun bersarapan
        Seperti semalam hari ini sarapan tak mengecewakan. Memuaskan hati. Cuma apa yang saya perasan, sarapannya tidak ada strawberry. 

Selepas checkout kami bergerak ke arah Brincang. Hajat di hati kami balik ikut Simpang Pulai.
Kenderaan di atas Jalan raya begitu sesak. Mengikut kata orang memang antara tanah rata dan Brinchang setiap hari akan sesak terutamanya di tengah hari.

          Kami singgah di Time Tunnel. Sebuah terowong masa yang akan membawa kita kepada kenangan masa lalu. 

        Di sini dipamerkan barang-barang yang pernah digunakan oleh penduduk Malaysia suatu ketika dahulu. Dari permainan kanak-kanak sehinggalah kepada barang kegunaan orang dewasa.







           Peminat-peminat barangan antik pasti suka dengan tempat ini.
Sememangnya nostalgia zaman kanak-kanak saya banyak yang terdapat di sini.

        Di bahagian atas time tunnel terdapat kedai-kedai yang menjual bermacam-macam hasil dari sini terutamanya sayur, bunga, madu dan strawberry.

          Di Cameron Highland ini terdapat banyak persinggahan yang membolehkan kita membeli belah terutamanya bahan mentah dan makanan.

          Antara benda yang mendapat sambutan hangat adalah jagung, sayur-sayuran dan ubi.

          Meneruskan perjalanan kami singgah di Cactus Point. 


          Di sini bermacam-macam jenis kaktus boleh didapati. Dari jenis yang kecil sehinggalah yang besar.


          Sebelum ini saya hanya tahu kaktus berwarna hijau. Di sini kita boleh berjumpa bermacam-macam warna kaktus yang menarik.

          Selain kaktus terdapat juga jualan pokok dan strawberry di sini.

          Seterusnya kami singgah di Lavender Garden. 


Pencinta bunga memamg sesuai melawat ke sini. 

          Selain itu dekorasinya yang cantik membuatkan ianya sebuah persinggahan yang menarik. 

        Tiket untuk masuk ke Lavender Garden adalah RM15.

          Kami singgah di Cameron Adventuring ATV & Safari.


          Kami mengambil pakej lawatan ke puncak bukit dan menikmati pemandangan di ladang teh. 

        Sampai di puncak kita akan pemandu akan meninggalkan kita di situ. 
          Kita akan dapat menikmati kesegaran dan kesejukan di tanah tinggi.
          Terdapat sebuah pondok yang dibina untuk berteduh dan menikmati pemandangan lebih selesa.


          Di sini kita akan mendapat pengalaman menaiki jeep di lereng bukit sempit. Kita akan dibawa oleh pemandu yang saya kira profesional. 

          Turun dari bukit pemandu akan memberhentikan kita di mini zoo. 





          Di sini kita akan dapat bermain dengan arnab melihat ikan-ikan, burung dan kambing.

          Kita juga berpeluang untuk memberi makanan kepada binatang-binatang ini.

          Terdapat juga ruang untuk kita mengambil foto.

          Setelah penat kami singgah di Cameron Valley tea cafe.

          Minum di atas bukit diwaktu petang memang menenangkan. 

          Untuk sampai ke sini kita alan dapat melihat cawan gergasi di tepi jalan.

          Begitulah tamatnya pengembaraan kami di Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. 










Thursday, September 24, 2020

Jalan-jalan Cameron Highland Day 2

Cameron Highlands merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.


         Hari kedua percutian kami dimulakan dengan bersarapan di hotel. Keseluruhannya makanan di hotel Heritage ini memuaskan hati. Masakannya terasa kemelayuan membuatkan kami terasa seperti berada di kampung halaman. Cuma bezanya di sini suhunya yang agak sejuk.


          Selepas sarapan kami memulakan perjalanan di sekitar tanah rata. Dalam peejalanan ke Bee Farm kami singgah di agro highlands.


         Di sini terdapat jualan hasil ladang, tea, coklat dan juga cenderahati untuk dibawa pulang.


          Yang menariknya di sini ada air terjun dari bukit menghiasi kawasan ini.


          Terdapat meja untuk minum coffee. Pada masa penulis di sini tiada kedai minuman di sini. Mungkin gejala covid membuatkan perniagaan tidak di buka sepenuhnya.



          Akhirnya kami sampai ke Taman Madu Lebah. Di sini dapat di lihat rumah-rumah lebah yang diternak untuk memdapatkan madunya.

         Rumah-rumah lebah di lereng bukit.

          Antara madu-madu yang di kumpul dan diproses di sini.


          Kolam ikan berbentuk hati dibina untuk menarik perhatian pelancong. Saya juga terfikir apakah sebenarnya kolam ini berbentuk strawberry 🍓. Mungkin. Tak pula bertanyakan maknanya.

          Terdapat sebuah rumah lebah besar untuk menjadi demo kepada pelawat2. 


         Terdapat juga tempat perhentian yang dibina khas untuk pelawat CH menangkap gambar kenangan. 


          Perjalanan diteruskan ke Cameron Valley Tea 2. 

          Hajat hendak minum sahaja tetapi disebabkan terlalu ramai orang, kami cuma masuk bergambar di ladang teh. Tiga tahun dahulu masuk ke ladang teh Cameron Valley adalah percuma. Sekarang dikenakan caj RM3. 

          Tempat yang wajib dikunjung adalah Abang strawberry. Kami tak dapat hendak memetik buah strawberry kerana kami dimaklumkan yang buahnya tak banyak dan masih kecil. Bulan di soni sahaja. Beberapa tempat yang kami pergi kesemua ladang untuk orang awam ditutup.


Nasi lemak strawberry menjadi makanan utama kami.

         Makanan dan minuman berlandaskan strawberry 🍓

        Di hadapan abang strawberry kami singgah di Aidilhadri untuk membeli strawberry coklat.

          Petua membeli buah strawberry adalah memilih buah yang besar. So far yang kami beli yang beear leboh manis dari yang kecil.

        Tiba waktu malam kami cuma singgah ke restoran Pak Leh Chicken Rice.

Set steamboat yang berharga rm55
Berbaloilah dengan harganya

         Makan sampai kenyang

Begitulah ceritanya dihari kedua perjalanan kami. 😊




Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...