negara merdeka.
Sebuah Blog A. Hamid Halim yang mengisarkan pengembaraan di dunia yang penuh dengan tragedi. Lalu dengan rasa penuh tulus dan ikhlas ingin berkongsi cebis-cebis pengalaman dengan rakan-rakan sekalian.
Thursday, August 30, 2012
Aku Anak Merdeka
negara merdeka.
Tuesday, August 14, 2012
Serabut Kabut Melingkari Pelangi
berterbangan di semesta alam
lalu pudar warna-warna kehidupan
dalam egois yang terbelenggu.
Serabut kabut melingkari pelangi
mengerkah serakah
dalam rakus nafsu
bibit bibit kebencian
terlontar dari kantung dendam
lalu menghiris bunga-bunga ceria
dalam keangkuhan yang membabi buta.
Serabut kabut melingkari pelangi
dilema kesumat memercik dendam
roda roda kehidupan
berputar dalam hutan dosa
lalu terjerat minda-minda dusta
dalam tafakur memohon kepastian.
A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi
(Berita Harian - 12 Ogos 2012)
Monday, July 5, 2010
Pastikah Perjuangan
Pastikah Perjuangan
Kenapa muncul segenggam benci
dari sanubari bersarang dendam
terhadap kesumat yang telah tersurat
dalam lipatan sejarah hitam.
Kenapa engkau bersungut mendesah
jelak dengan ketentuan tersirat
tidak reda melalui liku liku pengharapan
selama musim gerhana ini.
Bagaimana jika pentas usang ini
Tidak bertukar lantainya
Tidak bersalin langsirnya
Tidak berubah latarnya
Tidak berganti permaidaninya.
Bagaimana harus engkau lenyapkan
rasa gusar menggelupur di dasar hati.
Pastikan tekad tertanam dalam diri
jika kecewa kibarkanlah panji keamanan
jika simpati sumbangkanlah pengorbanan mulia
jika kasih dakaplah dengan penuh mahabbah
agar perjuanganmu
akan terus menjadi
perjuangan suci di bumi Ilahi.
A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi
(Berita harian - 26 Jun 2010)
Tuesday, June 15, 2010
Tak Usah Resah
Puisi (Berita Harian - 5 Jun 2010)
Tak Usah Resah
Tak usah resah
jika gempar gempa
menggegar ruang kewarasanmu.
Aplikasikan pelantar ilmu
yang menjadi juntaian harapan
bagi memadam api yang marak
kerana pastinya akan lebur
gumpalan kerumitan dalam kawah penyelesaian.
Tak usah resah
jika taufan egois
menghentam jendela kebenaran.
Pasti huru-hara setia menanti
kan berhamburan tulang-tulang angkuh
berantakan daging daging kibir
lalu membunuh virus virus honar
dalam gelegak gejolak kegelisahan.
A. Hamid Halim
PBAKL 2010, PWTC
Sunday, March 14, 2010
Bila Mentari Mencecah Lautan
Bila mentari mencecah lautan
gelora samudera mengalun gempar
gelegak gelodak menyumpah fitrah
terdampar kebenaran di kaki langit.
Bila mentari mencecah lautan
menghanyut ego gemuruh petaka
muncul tangan penuh barah
menongkat langit menegak kejahilan.
Bila mentari mencecah lautan
bangkit kesatria mencantas fitnah
terkulai layu manusia serigala
atas bencana yang membunuh damai.
Apakah akhirnya mentari beku
ditimbus salju antartika.
A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi
Monday, March 1, 2010
Puisi - Hadirnya Damai
Hadirnya Damai
(Berita Minggu - 28 Feb 2010)
Biarkan resah itu hanyut
dibawa arus yang
mengamuk
lalu tenggelam
dosa dosa kelmarin
bersama bungkah bungkah keegoan.
Biarkan marah itu
Berlari dihambat
bayangan yang
menghantui
lalu terbakar
daun daun naluri
menjadi bara
berterbangan sepi.
Pasti akan hadir
segugus damai
menyebar haruman
dari syurgawi
mewangikan hanyir
di ruang kekufuran
menyucikan kekotoran
di dataran kesesatan.
Wednesday, July 15, 2009
Bingung Dalam Suram
Rasa kita tidak bisa
menterjemahkan laman laman beracun
tanpa ada rasa
tanpa ada halangan
tanpa ada kekhuatiran
apatah lagi jika ketika itu
kita keseorangan dalam kebingungan.
Ketika malam mencapai suram
tika bulan tersenyum kepada kita
kita masih buntu
kita masih keliru
kita masih pusing
kaku dalam salju kelam
beku saraf saraf otak untuk berfikir.
Patutkah kita biarkan
sebuah cinta terbang melayang
tanpa dapat kita jinakkan
tanpa dapat kita belaikan
tanpa dapat kita rasakan
kenikmatan kebahagiaan.
Dalam suram itu juga
dibalik satu rimba
rimba yang tidak pernah kita lihat
tidak pernah kita jejak
tidak pernah kita harung
sesungguhnya ada satu jalan ke sana
yang tidak kita nampak
terbentang di balik satu roh
terbentang di satu ruang kepercayaan.
Sunday, June 7, 2009
Malam IniI Pun Belum Tentu Lagi
belum tentu dapat menyelesaikan
dendam-dendam yang terpendam.
Malam yang sepi ini
belum tentu dapat membangkitkan
nafsu daripada intuisi kelam.
Malam yang hangat ini
belum tentu dapat memanaskan
jiwa jihad yang kedinginan.
Selagi fajar belum menjelma
malam akan terus menari
mencari lenggok tersorok
di balik kebenaran hakiki.
A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi
Thursday, April 16, 2009
Sesat Dalam Sesak
Sunday, March 29, 2009
Meredah Belukar Kedamaian
Meredah belukar kedamaian
merentas onak-onak berduri
memintas permatang rawan
yang memisahkan antara dua darjat.
Seketika berjalan di ruang kosong
berlari di celahan tunggul-tunggul mati
merangkak mencari bukti serakah tanah
hilang pedoman timur dan barat.
Gugur butirbutir permata
dari langit yang ke tujuh
bertaburan di pelosok belukar
hingga lusuh disaluti selut
menanti tangantangan suci
merawat dosadosayang melekat.
Seluruh alam tahu
ini belukar keamanan
tetapi tiada siapa tahu di dalamnya
penuh kekalutan
penuh kesengsaraan
penuh rintihan
penuh kehinaan.
Itulah rahsia belukar kedamaian
yang sudah lupa asal usul
merekah menanti jerlus
leka dalam kemewahan
mungkin esok mungkin lusa
akan lupus dikambus petaka.
A HAMID HALIM
Sunday, March 15, 2009
Kita Manusia Adalah Pengembara

adalah pengembara buta
bertongkatkan prarasa nafsu
melintasi lembah gersang.
Kita manusia
adalah pengembara luka
mengerkah cebisan duka
di bumi nestapa.
Kita manusia
adalah pengembara naïf
terhoyong hayang sesat
dalam gelombang masa.
Kita manusia
tercanggung dalam impian hampa
mencari sebuah kirana bersinar.
A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi
Thursday, March 20, 2008
Sunday, July 1, 2007
Pengembara sepi
Kembara mencari sebuah cinta. Disepanjang lorong kehidupan
Melangkah menuju dasar bahagia
Tiada siapa mengetahui
Tiada siapa ambil peduli
Perit... Pedih...
Luka di pinggir kali
Merintih sendiri
Langkah terus dihayun
Mencari cinta di lorong sendu
Hamid Picture
About Me
- A. Hamid Halim
- Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...


