Sunday, January 23, 2011

Bila tiba di persimpangan

Bila tiba di persimpangan. Tajuk yang nak dibebelkan hari ni. Bukan bebel sangat pun. Saja nak lepas perasaan. Iya kah? layan saja.

Selalunya dalam kehidupan kita selalu memerlukan kepada kita untuk membuat keputusan. Keputusan yang membolehkan kepada banyak jawapan kira okaylah. Tidak perlu diperkatakan lagi. Tidak ada tekanan dalam membuat pilihan. Contohnya. Hendak makan lauk apa hari ini. Kita boleh memilih samada ikan, daging atau ayam tanpa ada tekanan. Pilih sahaja yang paling membuatkan kita terliur.

Jika jawapannya hanya ada dua pilihan bagaimana ya? A atau B. C atau D. Contohnya, Jika kita pergi temuduga dan 2 syarikat memberi tawaran kerja kepada kita dalam masa yang sama. Tidakkah ini memberi tekanan kepada kita. Tambahan lagi kedua-dua syarikat itu memang kita minat. Di sinilah bermulanya tekanan. Berbagai aspek yang perlu dipertimbangkan. Gaji. Keselesaan. Kemudahan yang diberikan. Jauh atau dekat dengan tempat kerja dan bermacam-macam perkara lagi.
Setelah kita membuat keputusan yang terbaik termasuklah dengan sembahyang istiharah kita akan memilih salah satu daripada pilihan kita. Ini bermakna pilihan yang satu lagi akan terlepas dari kita. Mungkin juga buat selama-lamanya. Selama berada dengan pilihan kita barulah kita akan dapat mengalami pengalaman yang sebenar yang mana kita akan suka atau mungkin juga tidak suka dengan prasana pilihan kita itu. Pada masa ini akan terbit secebis penyesalan kerana mungkin kita akan menyangka kita sudah tersilap pilih.

Jika kita boleh kembali ke pilihan yang kedua tadi tidak menjadi masalah. Tetapi jika kita terpaksa dengan pilihan yang kita buat maka terpaksalah kita harungi juga. Atau apakah kita akan lari dari kenyataan dengan lari dari pilihan yang telah kita buat. Kadang kala jika pilihan yang kita pilih itu kita tinggalkan mungkin akan membuatkan orang yang sama-sama pergi ke temuduga bagi memilih pekerjaan yang sama dengan kita dahulu terlepas peluang mereka.

Biarpun simpang mana kita pilih pasti akan ada kebaikan dan keburukannya. Apa yang penting, seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita pilih dan apa yang kita dapat. Mesti ada hikmah disebalik kejadian yang kita alami.

No comments:

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...