Sunday, May 30, 2010

Bukit Gambang Resort City Kuantan

Seperti yang telah dihintkan dalam blog sebelum ini semasa di PD bahawa tempat seterusnya yang akan dilawati adalah ke Pahang. Atau dengan lebih tepat ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan Pahang. Kali ini masih lagi percutian bersama dengan Video Design group.

Perjalanan selama 3 jam dari Bandar Baru Bangi pada 15 Mei 2010 membawa penulis dan keluarga ke satu kawasan perkampungan yang damai di Gambang. Melalui pekannya yang hanya mempunyai beberapa blok kedai dan kami meneruskan perjalanan hingga ke Bukit Gambang Resort.

Sesampai di lobby kami terus check in. Tetapi tidak terus memasuki bilik. Sebaliknya kami mengarah ke Bukit Gambang water park yang terletak kira-kira 200 meter dari situ. Cara untuk ke situ boleh sahaja menaiki kereta sendiri, berjalan kaki atau menaiki tren yang disediakan. Kami memilih untuk menaiki kereta.


Setelah memarkir kereta kami terus ke kaunter tiket dan segala urusan telah dilakukan oleh penganjur. Kami cuma mengambil tiket dan berjalan memasuki ke water park melalui gift shop.


Sempat bergambar sebelum menyalin pakaian.



Apa yang menariknya, kita tidak perlu membawa duit sepanjang bermain di sini. Kita hanya menambah nilai yang di key in di gelang yang diberikan. Nilai wang yang ada boleh digunakan untuk menyewa pelampung, menyewa locker dan juga untuk membeli makanan. Bakinya akan dikembalikan selepas keluar dari sini. Begitu juga dengan locker kita tidak perlu risau kerana sistem chip dan scan yang digunakan boleh dikatakan selamat.

Kawasan yang kelihatan pada gambar di atas adalah penguin island. Di sini terdapatnya kids slide, adults leisure pool, aquaplay dan glacier river.





Gambar di atas pula adalah kawasan tree top hill slides dimana di sini terdapatnya tin mine racer, crystal slide, galaxy slide, canopy slide dan family raft ride.





Satu lagi kawasan yang menjadi perhatian adalah coco beach di mana ada waktunya ombak akan dilepaskan menjadikan ianya lebih menarik.



Azra dan anak-anak berposing. Di belakangnya terdapat coco pizza di tingkat atas, sementara di bawahnya adalah tempat menyewa pelampung, locker dan paling berhampiran tempat menambah nilai e-value.




Bahari dan anak-anak dilambung ombak.



Haslina, Mus dan anak-anak.

Ujang dan famili.

Adam yang sekali tengok macam bujang bersama isterinya.

Adiza dan famili.



Seperti biasa pada waktu malam ada dinner. Sebuah bilik khas telah di sediakan untuk kami. Antara aturcaranya adalah ucapan bos iaitu abang Lan, slide show dan semestinya acara makan.

Makanannya emmm... enak sekali. Kalau tidak percaya lihat saja sebahagian daripada hidangannya di atas. Ini baru sedikit.

Inilah wajah MC yang menggamatkan suasana malam ini.
Bersembang sebelum acara bermula.
(Dengan kata lain perut sudah pun mendendangkan lagu keroncong untuk makanan...)

Sal & Zailan big famili
Azreen dan famili


Nadiah dan suami

Aini dan famili serta rakan-rakan


Acara yang ditunggu-tunggu adalah cabutan bertuah. Semua orang bertuah cuma yang paling bertuah hadiahnya lebih besar.

Surprise. Acara memotong kek harijadi oleh 3 orang ahli yang menyambut harijadinya hari ini. Fiza, Lily dan juga Nadia. Lilin ditiup dan kek dipotong selepas lagu happy birthday dinyanyikan beramai-ramai.


Tidak dilupakan untuk para pendidik yang bergelar guru, ustaz dan pensyarah juga diraikan pada malam ini. Wahai pembimbing anak bangsa. Jasamu tetap akan diingati dan segala ketulusanmu dalam mengajar para pelajar akan diberi imbuhan yang setimpal olehNya.

Penulis dan anak-anak, Amira Farhana dan Amira Aishah.



Bergambar beramai-ramai buat kenangan dihari mendatang.


Kolam renang di atas bumbung di Resort

Antara permainan yang boleh dimainkan di waktu malam. Macam funfair gitu.
Satu, dua, tiga... hayun.


Crazy bus yang tidak kurang mencabar.

Tembak, jangan tak tembak.


Inilah kereta kuda yang membawa kami sekeluarga memerhati keindahan di sini. Selain dari ini terdapat juga paint ball dan jungle tracking.

Ini adalah wajah penembak tetap Video Design buat masa kini iaitu Mr. Sobree. Selain daripada itu gambar juga didapati dari file simpanan Azra dan Bahari. Kepada rkan yang tidak terpampang gambarnya dalam blog ini jutaan maaf dipinta. Bagitau... dan nanti saya masukkan.

Akhirnya tibalah waktu pulang ke BBB pada 16 Mei 2010. Bukit Gambang ternyata tidak mengecewakan bagi para penggemar percutian yang berteraskan air.

No comments:

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...