Sunday, June 7, 2009

Malam IniI Pun Belum Tentu Lagi

(Berita Harian 6 Jun 09)


Malam yang panjang ini
belum tentu dapat menyelesaikan
dendam-dendam yang terpendam.

Malam yang sepi ini
belum tentu dapat membangkitkan
nafsu daripada intuisi kelam.

Malam yang hangat ini
belum tentu dapat memanaskan
jiwa jihad yang kedinginan.

Selagi fajar belum menjelma
malam akan terus menari
mencari lenggok tersorok
di balik kebenaran hakiki.

A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi

1 comment:

Unknown said...

dan malam yang sepi ini
belum tentu akan bertemu lagi
selepas terbit fajar esok
membawa mimpi lara

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...