Saturday, May 23, 2009

Sejarah hitam di library bangi


23 may 09 - tragedi yang mungkin akan dingati sampai bila2. Ketika penulis dan anak perempuannya yg berumur 12 tahun menuruni bangunan perpustakaan bdr baru bangi dari tingkat 1 ke tingkat G lif berhenti berfungsi menyebabkan penulis dan anaknya terperangkap di situ. Jam menunjukkan pukul 12.42. Dalam kegelapan mencari idea bagaimana mahu meloloskan diri dr situ. Cuba mengetuk pintu agar didengari pengunjung yg lalu lalang, tetapi sia-sia.

Menunggu lagi dgn harapan elektrik akan kembali berfungsi.
1pm - cuba membuat panggilan kepada sahabat yg tinggal berdekatan terutamanya sek 8. Mungkin hari ini malang kerana tiada sahabat yg menjawab, even org rumah pun x perasan. Hari sabtu agaknya. Dlm gelap mencari no library dlm kad perpustakaan. Telefon tapi x berjawab. Akhirnya rakanku rahimi menjawab. Tetapi dia di darul shifa. Bersedia utk keluar kawasan.

1.20pm - terfikir utk menalipon bomba tetapi tiada no. Cuba telefon telekom. 103. Dapat. Tapi apa yg terkilan apabila cuba minta dia membantu utk menghubungi bomba dia cuma dpt memberi no. X boleh bantu. Alangkah peramahnya operator di talian. Kalau duit dlm phone ada seposen mcm mana agaknya. Dia suruh aku menyalin. Uhhh... Dlm gelap. Menyalin. Bayangkanlah. Nasib baik hari ni bawa 2 telefon. Salinlah no kt tepon satu lagi. Line maxis. Tak der signal pula. Nasib baik celcom ok. Telefon lah bomba. Bila dpt ckplah yg kita ni terperangkap. Dia ckp ok. Tunggu punya tunggu dlm 15 minit lebih kurang bomba belum sampai. Telefon bomba lagi. Katanya ada kes kebakaran. Bila ckp dah lama tperangkap bomba mengambil butir diri. Aitt... Yg mula tadi x der amik butir diri. Alamak mcm mana ni. Boleh caya ker. Teringat sahabat di desa surada daud. Tepon dia. Dia juga bantu tepon library tapi x angkat. Kemdian dia tepon bomba juga. Tq daud. Jasamu dikenang. Sekali sekala cuba mengetuk pintu dan menjerit minta pertolongan. Tapi hampa.

Sudah kepanasan. Takut oksigen habis cuba menolak pintu lif (kali ketiga) dgn sekuat tenaga lelakiku akhirnya terbuka. Dapatlah bernafas sikit. Tetapi masih terperangkap dgn pintu utama. Yg ini lebih mantap. Tak dpt nak tolak lagi. Tapi harapan masih ada. Tawakkal.
Cuba mengintai dari celah pintu. Baru tahu yg sudah hampir ke level G. Lebih kurang sekaki lagi. Lega kerana x terperangkap di antara dinding atau bawah tanah.

Akhirnya ada seorang hamba allah lalu. Terus menjerit meminta pertolongan. Dia tampak terkejut. Mungkin x sangka ada suara dr celah dinding. Terus aku menyatakan yg aku terperangkap. Dia cuba menarik pintu lif. Tapi x dpt. Dia mencari pertolongan. Berjumpa sebatang mop dan cuba mencungkil dan aku menolak dari dlm. Tak dapat juga. Aku meminta biarkan saja mop itu diantara pintu agar udara boleh masuk ke dlm. Ketika itu terdengar beberapa suara dr luar. Aku bertambah lega. Dan bertambah lega lagi bila terdengar siren bomba lebih kurang pukul 2pm. Mereka mencungkil pintu sehingga terbuka. Alhamdulillah. Terima kasih kpd abg yang tak kukenali membantuku dan anggota bomba yg menyelamatkan aku dan anakku.
Begitulah al kisahnya. Mungkin sebulan dua ini aku akan trauma dgn kejadian ini.

Gambar: kenangan ditempat kejadian.
.

4 comments:

Hahn 3rd said...

Subhanallah...semalam kita melawak pasal pustakawati...tup tup ada hal pulak. Harap tak trauma lepas nie...daripada mengelak tak mau jadi paparazi...dah bercerita kelemahan emergency response plan(ERP) library, operator dan sikit-sikit kelemahan bomba. Yang penting bro dan anak dah selamat sekarang.

A. Hamid Halim said...

Alhamdulillah dah selamat. Mungkin ada hikmahnya pada setiap kejadian. Hanya Dia yg mengetahui. kadang kadang kita terlupa padaNya sedangkan Dia tak pernah melupakan kita.

Unknown said...

Kesian ko, apalah library bangi teruk sekali sampai intercom pun x function...take care bro

Unknown said...

mid....siapalah kita ni.....kalau yg menbuat panggilan tu bergelar datuk...atau lif tu berada di kondominium mewqah.....10 minit gerenti dah sampai pihak berkenaan.

apa=apapun...syukur kerana kawanku masih selamat.....

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...