Tuesday, April 21, 2009

Don't wait to start at 1st January. Start it today...


TERPESONA dengan kata-kata Bob salah seorang jurulatih dalam 'The Biggest Loser' episod finale musim ketiga terhadap para peminatnya. "Don't wait to start at 1st January. Start it Today" begitu mendalam sekali makna tersirat disebalik kata yang dilafazkan secara spontan itu. Rancangan The Biggest Loser adalah perlumbaan bagi orang-orang gemuk di Amerika untuk menurunkan berat badan mereka. Peratus penurunan yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang.

Mengambil 1hb Januari dalam bait-bait kata cukup berkesan. 1 Januari adalah permulaan bagi tahun baru. Sudah menjadi kebiasaan terhadap rakyat marhain seperti kita ini akan menetapkan matlamat terhadap azam yang baru pada tarikh tahun baru tersebut. Mungkin kerana 1 Januari itu adalah dikira sebagai titik mula maka senang bagi kita untuk mengira tahap pencapaian kpi kita atau kerana 1 januari itu masih lambat lagi akan tiba maka kita akan berasa lebih selesa dengan janji kita. (Atau mungkin boleh kita katakan janji-janji palsu kita)

Beliau menekankan supaya mulakan apa yang kita citakan dari hari ini, jangan menunggu sehingga tahun baru yang akan muncul kelak (mungkin besok, sebulan lagi, atau 11 bulan lagi). Walaupun kata-katanya adalah untuk menggesa para peminatnya menjalankan aktiviti menurunkan berat badan tetapi kita boleh mengambil iktibar dengan mengaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

Jika kita berkehendakkan sesuatu maka bermulalah dari sekarang. Jika kita mengenakan target terhadap projek kita maka kita perlu bermula dari sekarang untuk merealisasikannya. Jika kita bercita-cita menjadi ahli perniagaan yang berjaya kita perlu mulakan perniagaan kecil-kecilan dari sekarang. Jika kita bercita-cita menjadi ahli politik, kita perlu menonjolkan diri kita dari sekarang. (Cara yang bagaimana terpulang kepada individu...)

Apa yang menarik tentang program ini adalah ianya menjadi pemangkin terhadap manusia-manusia yang gemuk untuk menguruskan berat badan mereka. Terfikir juga sepatutnya di Malaysia perlu ada rancangan yang seumpama itu bagi menjadikan rakyat sihat hidup cergas.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa gambar waktu meletak kenderaan dipasar yang diletakkan dipermulaan bicara. Ada kena mengenakah dengan cerita yang disampaikan. Tertarik dengan makna disebaliknya. Jika kita lihat untuk orang awam ianya bermula dari pukul 7 pagi. Bagi lori pemunggah dari jam 2 pagi sehingga pukul 7. Ini menunjukkan bahawa pukul 7 pagi orang awam akan mula ramai di situ. Pemunggah lori pula perlu menghabiskan kerja sebelum pukul 7 pagi. Ini adalah target mereka menghabiskan kerja. Bayangkanlah para pelaut mesti sampai ke pelabuhan sebelum pukul 2 pagi. Jika masa ini dilanggar maka itulah yang terjadinya traffic jam di merata-rata kerana ada urusan yang belum selesai. Jadi mereka tidak boleh menunggu last minute untuk buat kerja mereka. Mereka mesti bertindak lebih awal untuk keselesaan semua pihak.
Akhir sekali, kita boleh mencapai apa yang kita inginkan dengan berusaha. Di dunia global yang semakin mencabar dan penuh dengan persaingan ini, kita perlu melakukan gerakan kita dengan pantas dan cepat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ayuh... apa tunggu lagi

2 comments:

Hahn 3rd said...

betul...tapi tak ramai orang kita yang tahu tentang masa...sampaikan ada istilah 'janji melayu'. Sedangkan kita menganut agama yang ada tertulis 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...'. Siapa yang paham tentang masa???...mereka yang tidak diberi istilah dan mereka yang tidak diberi kitab.

A. Hamid Halim said...

OTGE :Thank you. I like your blog very much.

Hahn @ Bam : setuju... Sesiapa yang mengkaji al-quran akan mendapat mutiara-mutiara yang tak ternilai harganya.

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...