Friday, September 25, 2020

Jalan-jalan Cameron Highland Day 3


Hari ketiga kami seperti biasa turun bersarapan
        Seperti semalam hari ini sarapan tak mengecewakan. Memuaskan hati. Cuma apa yang saya perasan, sarapannya tidak ada strawberry. 

Selepas checkout kami bergerak ke arah Brincang. Hajat di hati kami balik ikut Simpang Pulai.
Kenderaan di atas Jalan raya begitu sesak. Mengikut kata orang memang antara tanah rata dan Brinchang setiap hari akan sesak terutamanya di tengah hari.

          Kami singgah di Time Tunnel. Sebuah terowong masa yang akan membawa kita kepada kenangan masa lalu. 

        Di sini dipamerkan barang-barang yang pernah digunakan oleh penduduk Malaysia suatu ketika dahulu. Dari permainan kanak-kanak sehinggalah kepada barang kegunaan orang dewasa.







           Peminat-peminat barangan antik pasti suka dengan tempat ini.
Sememangnya nostalgia zaman kanak-kanak saya banyak yang terdapat di sini.

        Di bahagian atas time tunnel terdapat kedai-kedai yang menjual bermacam-macam hasil dari sini terutamanya sayur, bunga, madu dan strawberry.

          Di Cameron Highland ini terdapat banyak persinggahan yang membolehkan kita membeli belah terutamanya bahan mentah dan makanan.

          Antara benda yang mendapat sambutan hangat adalah jagung, sayur-sayuran dan ubi.

          Meneruskan perjalanan kami singgah di Cactus Point. 


          Di sini bermacam-macam jenis kaktus boleh didapati. Dari jenis yang kecil sehinggalah yang besar.


          Sebelum ini saya hanya tahu kaktus berwarna hijau. Di sini kita boleh berjumpa bermacam-macam warna kaktus yang menarik.

          Selain kaktus terdapat juga jualan pokok dan strawberry di sini.

          Seterusnya kami singgah di Lavender Garden. 


Pencinta bunga memamg sesuai melawat ke sini. 

          Selain itu dekorasinya yang cantik membuatkan ianya sebuah persinggahan yang menarik. 

        Tiket untuk masuk ke Lavender Garden adalah RM15.

          Kami singgah di Cameron Adventuring ATV & Safari.


          Kami mengambil pakej lawatan ke puncak bukit dan menikmati pemandangan di ladang teh. 

        Sampai di puncak kita akan pemandu akan meninggalkan kita di situ. 
          Kita akan dapat menikmati kesegaran dan kesejukan di tanah tinggi.
          Terdapat sebuah pondok yang dibina untuk berteduh dan menikmati pemandangan lebih selesa.


          Di sini kita akan mendapat pengalaman menaiki jeep di lereng bukit sempit. Kita akan dibawa oleh pemandu yang saya kira profesional. 

          Turun dari bukit pemandu akan memberhentikan kita di mini zoo. 





          Di sini kita akan dapat bermain dengan arnab melihat ikan-ikan, burung dan kambing.

          Kita juga berpeluang untuk memberi makanan kepada binatang-binatang ini.

          Terdapat juga ruang untuk kita mengambil foto.

          Setelah penat kami singgah di Cameron Valley tea cafe.

          Minum di atas bukit diwaktu petang memang menenangkan. 

          Untuk sampai ke sini kita alan dapat melihat cawan gergasi di tepi jalan.

          Begitulah tamatnya pengembaraan kami di Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. 










No comments:

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...