Tuesday, September 6, 2011

Kek Lumut Sarawak


Dalam kemeriahan hari raya ini salah satu makanan menarik yang dapat dinikmati adalah kek lapis sarawak yang dibuat oleh emak saudara kami di Taman Airport batu 7. Kebetulan anakku yang membaca Keluarga Sept 09 terjumpa pelbagai cara membuat kek lapis. Disebabkan semuanya memerlukan ketekunan yang tinggi maka dia memilih untuk mencuba Kek Lumut yang hanya satu lapis. Rasanya tetap enak dimakan.
Dibawah ini dikongsikan resepi membuat kek lumut.  

bahan-bahan:
10 butir telur
454 gram mentega
1 1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya perasa pandan
1 botol kecil Horlick
1 botol pes pandan
2 sudu makan pewarna hijau

Cara-cara membuat:
- Pukul telur sehingga kembang. Ketepikan
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim. kemudian masukkan telur. Gaul hingga rata.
- Masukkan tepung gandum, susu pekat manis, seri kaya dan horlick. gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan pes pandan dan pewarna hijau. gaul lagi hingga warnanya sebati dan rata. kemudian barulah dikukus atau dibakar hingga masak.

Akhir sekali bolehlah dihidangkan untuk keluarga dan sanak saudara.
Sesiapa yang berminat cubalah. Kami telah mencuba dan Alhamdulillah berjaya.

No comments:

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...