Thursday, November 18, 2010

Buaya di Sandakan

Melihat gambar di atas mengingatkan kita tentang cerita raksaksa jahat Jepun dalam cerita ultraman yang menyerang bangunan dan bandar-bandar sehingga hancur. Ini sebenarnya adalah replika buaya yang sempat diambil di salah sebuah 'round about' di batu 7 sandakan. Ini juga merupakan salah satu mercu tanda Sandakan yang mempunyai Taman Buaya yang terkenal di sebelah sini.


Kali ini penulis ingin mengajak semua untuk melawat Taman Buaya di Batu 8 Sandakan, Sabah, Malaysia.

Terdapat lebih kurang 3,000 ekor buaya yang diternak dan dipamerkan di sini. Kita akan berasa seperti berada di sebuah zoo mini kerana selain dari buaya terdapat juga berbagai jenis binatang dan juga ikan-ikan tropika.


Penulis sempat bergambar bersama ular sawa yang telah dijinakkan. Geli juga pada mulanya bila memegang badan ular dan kita akan dapat merasa tulang tulangnya bergerak diatas tangan dan juga badan kita.

Melawat Taman buaya ini bersama keluarga dan ipar.


Terdapat juga kolam yang menempatkan ikan keli yang sebesar betis. Tidak dapat digambarkan sama ada terliur atau geli apabila melihat ikan-ikan yang begitu banyak.

Salah satu haiwan yang terdapat di situ ialah rusa. Selain daripada rusa terdapat juga burung kasawari, kambing gurun, arnab, kura-kura, babun, kera, burung merak dan lain-lain.

Penulis bernasib baik kerana dapat merakamkan merak mengembangkan bulunya yang berwarna-warni. Cantik sekali. Hampir terleka penulis menatap kecantikan kejadian ilahi.

Setiap hari terdapat dua persembahan daripada krew-krew iaitu pada pukul 11.45 pagi dan 4.00 petang. Antara persembahan yang dipertontonkan seperti menari bersama buaya, cara menggosok gigi buaya, bersantai di atas belakang buaya dan memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Selepas persembahan di kolam pertunjukkan, penonton dibawa pula melihat bagaimana cara memberi makan kepada buaya.

Pada keseluruhannya Taman Buaya ini dapat memberikan kepuasan kepada pelancong-pelancong yang ingin melawat ke Sandakan.






3 comments:

rahmahmokhtaruddin said...

Seronoknya Tuan pusing-pusing Sandakan. Gerun saya tengok saiz buaya tu.

Liza @ Adzriel AB said...

jaga2 juga no buaya darat...
*(^_^)*

Adzrien Shoppe said...

syok hangpa pi jalan2. nak ikut.

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...