Saturday, July 18, 2009

Original atau palsu



Tertarik dengan pandangan yang tidak terduga ketika mengelamun di dalam kereta. Melihat ke arah cermin setelah penat memerhati pemandangan sekitar. Sekilas pandang seperti benar-benar kita memandang pohon yang sebenar. Tetapi kita cuma menatap sebuah cermin yang mana kita tidak akan sesekali dapat merasai pohon tersebut. Kita cuma dpt mengusap permukaan cermin tersebut biarpun objek yg dilihat begitu indah.

 Apa yang boleh kita perkatakan, kadang-kadang kita tertipu dengan kepalsuan yang kita sendiri tak menyedarinya. Kadang-kadang kita sengaja mencari kepalsuan untuk kepuasan diri kita.
 Banyak faktor yang boleh di perkatakan bagi mendapat sesuatu yang original atau yang palsu. Faktor kewangan mungkin menjadi faktor utama dalam pemilihan barangan. Ada juga sahabat kita ingin menggunakannya sekali sahaja. Ini memungkinkan dia memilih yang palsu. Bagi yang kerjanya menipu sudah tentu dia akan cuba sedaya upaya mengiklankan yang palsu hinggakan yang palsu kelihatan seperti original. 
 Apa pun sudah semestinya yang original itu lebih baik dari segala segi.

2 comments:

Hahn 3rd said...

Lagipun banyak jugak cerita palsu yang nampak macam ori di pampangkan kepada kita setiap hari...

Adakah janji harga minyak dan tol tak naik adalah janji yang ori?

Adakah dikatakan palsu bila harga rumah bernilai RM3 juta dibeli dengan gaji penjawat awam?

A. Hamid Halim said...

Kadang-kadang dunia ini menjadi misteri dengan benda-benda pelik yang sengaja atau tak sengaja terbentuk... emmm... susah untuk diuraikan.

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...