Sunday, March 15, 2009

Hembuskan Debu Beracun Ini Ke Lembah Itu


Siapalah kita untuk mengubah nasib mereka di bumi Gaza. Apalah sangat yang boleh dilakukan dengan kedrat yang selemah ini. Kita hanya menjadi seorang pemerhati yang setia di setiap kali berita ke udara. Menonton episod demi episod pengeboman yang dilakukan oleh si laknat itu. Kita hanya dapat mengumam dan mengutuk dari balik sanubari terhadap saudara kita disana.

Hanya doa sahaja yang dapat aku hulurkan buat mereka disana. Semoga doa yang ku hembuskan ini akan dapat menjadi debu beracun terhadap laknatullah itu.

Kenapalah bumi Arab terlalu lambat untuk menghulurkan bantuan terhadap penduduk Gaza. Apakah mereka juga menjadi dalang kepada Amerika, hingga tidak mampu untuk bersatu menentang kekejaman yang terbentang di hadapan mata seluruh penduduk dunia.

Harapan tetap akan menjadi kenyataan kerana ku tahu akhirnya kemenangan akan berpihak kepada Islam. Nanti, kan turun juga penyelamat buat saudara-saudaraku di sana. Akan tiba masanya janji-janji Allah terkota kerna Dia sahaja yang maha mengetahui.

Selagi bumi dipijak ku percaya penduduk Palastin akan terus bangkit... dan mereka tidak akan tunduk terhadap kuasa yang rakus itu.

ALLAHUAKBAR!!!

No comments:

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...