Thursday, September 24, 2020

Jalan-jalan Cameron Highland Day 2

Cameron Highlands merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.


         Hari kedua percutian kami dimulakan dengan bersarapan di hotel. Keseluruhannya makanan di hotel Heritage ini memuaskan hati. Masakannya terasa kemelayuan membuatkan kami terasa seperti berada di kampung halaman. Cuma bezanya di sini suhunya yang agak sejuk.


          Selepas sarapan kami memulakan perjalanan di sekitar tanah rata. Dalam peejalanan ke Bee Farm kami singgah di agro highlands.


         Di sini terdapat jualan hasil ladang, tea, coklat dan juga cenderahati untuk dibawa pulang.


          Yang menariknya di sini ada air terjun dari bukit menghiasi kawasan ini.


          Terdapat meja untuk minum coffee. Pada masa penulis di sini tiada kedai minuman di sini. Mungkin gejala covid membuatkan perniagaan tidak di buka sepenuhnya.



          Akhirnya kami sampai ke Taman Madu Lebah. Di sini dapat di lihat rumah-rumah lebah yang diternak untuk memdapatkan madunya.

         Rumah-rumah lebah di lereng bukit.

          Antara madu-madu yang di kumpul dan diproses di sini.


          Kolam ikan berbentuk hati dibina untuk menarik perhatian pelancong. Saya juga terfikir apakah sebenarnya kolam ini berbentuk strawberry 🍓. Mungkin. Tak pula bertanyakan maknanya.

          Terdapat sebuah rumah lebah besar untuk menjadi demo kepada pelawat2. 


         Terdapat juga tempat perhentian yang dibina khas untuk pelawat CH menangkap gambar kenangan. 


          Perjalanan diteruskan ke Cameron Valley Tea 2. 

          Hajat hendak minum sahaja tetapi disebabkan terlalu ramai orang, kami cuma masuk bergambar di ladang teh. Tiga tahun dahulu masuk ke ladang teh Cameron Valley adalah percuma. Sekarang dikenakan caj RM3. 

          Tempat yang wajib dikunjung adalah Abang strawberry. Kami tak dapat hendak memetik buah strawberry kerana kami dimaklumkan yang buahnya tak banyak dan masih kecil. Bulan di soni sahaja. Beberapa tempat yang kami pergi kesemua ladang untuk orang awam ditutup.


Nasi lemak strawberry menjadi makanan utama kami.

         Makanan dan minuman berlandaskan strawberry 🍓

        Di hadapan abang strawberry kami singgah di Aidilhadri untuk membeli strawberry coklat.

          Petua membeli buah strawberry adalah memilih buah yang besar. So far yang kami beli yang beear leboh manis dari yang kecil.

        Tiba waktu malam kami cuma singgah ke restoran Pak Leh Chicken Rice.

Set steamboat yang berharga rm55
Berbaloilah dengan harganya

         Makan sampai kenyang

Begitulah ceritanya dihari kedua perjalanan kami. 😊




No comments:

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...