Hari ni penulis nak berkongsi pengalaman dengan sahabat sekalian percutian di Cameron Highland (CH).
Kami sekeluarga bertolak ke CH pada pagi sabtu 12 Sep 2020 pukul 10 pagi dari Bangi. Singgah sebentar sarapan di r&r Serdang untuk bersarapan pagi. Kat sini yang famousnya nasi lemak bungkus.
Selesai makan kami meneruskan perjalanan sehingga ke exit Tapah. Tiba di situ lebih kurang pada pukul 1 petang. Di sini kami singgah ke Petronas untuk mengisi minyak dan singgah ke tandas.
Dari tapah kami singgah ke air terjun Lata Iskandar. Ramai pengunjung singgah di sini untuk bergambar dan juga mandi-manda.
Suasana yang dingin dan nyaman di sini mengujakan lagi untuk iami sampai ke destinasi.
Lebih kurang 3.30 kami sampai ke Hotel Heritage Tanah Rata CH. Hotelnya yang cantik, apatah lagi berada di kawasan yang tinggi membuat kami lebih teruja.
Ini adalah pemandangan dari bilik hotel kami di tingkat 6 daripada 7 tingkat. Di dalam bilik tidak perlu aircond. Angin yang bertiup dari luar sudah menyejukkan. Di dalam bilik cuma disediakan dengan kipas angin. Pada hari pertama ini sampai sahaja di bilik hujan turun lebat hinggalah ke petang.
Antara tempat yang kami lawati adalah.
Orchid Food Corner menyajikan berbagai jenis masakan yang sedap. Do sini terdapat beberapa buah gerai yang booeh kita pilih masakan kegemaran kita.
Kenyang makan kami ke pasar malam di Golden Hill. Walau pun dalam hujan rintik rintik kami sampai juga ke sana. Kereta yang banyak masuk ke aana menyebabkan kesesakan di pintu masuk. Setelah beeaabar alhirnya kami dapat juga parking ditempat yang telah di sediakan dengan kosnya RM3 sekali masuk.
Di sebabkan musim PKP pelawat dikehendaki beratur untuk masuk. Kami beratur panjang. Lebih kurang 100meter.
Setelah membuat pemeriksaan suhu dan pendaftaran kami masuk ke kawasan pasar malam. Jalannya di bahagi 2. Bermaksud one way. Masuk jalan terus dan keluar. Pada pemerhatian penulis kedai yang ada berkurangan dari kami sampai ke sini pertama kali dahulu.
Kali ini kami berjumpa dengan strawberry jenis albino. Mungkin disebabkan warnanya putih ianya disebut albino. Kata peniaga di situ manis buahnya. Tapi bila kami makan di hotel, tidak lah semanis kata-kata manis si gadis penjual strawberry itu. Mungkin manisnya sudah pergi ke dia kot. 😅
Begitulah hari pertama kami di CH.
No comments:
Post a Comment