Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah



Salam Maal Hijrah buat semua.
Semoga bermulanya tahun baru ini kita akan bertambah sukses dalam segala bidang yang kita ceburi dan tangani. 


Saturday, September 15, 2012

Lagu Puisi Ruang

Akhirnya, dalam masa seminggu dapat juga menyiapkan lagu puisi untuk pertandingan lagu puisi YouTube DBP. Sudi-sudilah mendengar lagu yang tak seberapa ini. Suaranya jangan komen sebab memang bukan penyanyi yang menyanyi. Sekadar ingin memeriahkan lagi prasana musik Malaysia.

Akhir kata Selamat menyambut hari Malaysia buat semua.


Thursday, September 13, 2012

Bertanya pada Bintang

Sebuah sajak Hilmu Rindu yang bertajuk Bertanya pada Bintang telah dilagukan menjadi sebuah lagu puisi yang tidak seberapa. Apa-apa pun henta sajalah labu. Layanlah lagu puisi Bertanya pada Bintang.
Kalau suka sudi-sudikanlah like. Kalau tidak suka pun sudi-sudikanlah like....

Thursday, August 30, 2012

Aku Anak Merdeka

Aku Anak Merdeka (31 Aug 2003 - Berita Harian)

 
Kibaran jalur gemilang
berombak megah
itulah mercu tanda
negara merdeka.
Rakyat bersatu
bantu membantu
itulah hasil
itulah kejayaan
datuk moyang yang berjuang.

Dengan titik peluh
keringat terbakar
darah merah mengalir
semangat perjuangan abadi
mencakar penjajah
menerjang pulang ke bumi mereka
mengerdip Malaysia ke mata dunia.
 
Itulah jasa
itulah memori yang paling berharga
datuk moyang yang berjuang tanpa henti.

Aku…
aku adalah anak yang dilahirkan selepas merdeka
hanya mendengar…
tanpa mengerti erti merdeka.
Yang aku tahu
aku dilahirkan dalam serba kesenangan
tiada kesusahan yang melanda.

Mereka…
merekalah yang mengajar aku erti merdeka
kerna apa yang aku sedar
mereka memanggilku anak merdeka.

Aku anak merdeka.



Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya

Kami sekeluarga  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua muslimin dan muslimat.
Kepada yang pulang ke kampung berhati-hati di jalan raya.
Kepada yang bermain mercun berhati-hati nanti terbakar jari.
Kepada yang terpaksa bertugas di hari lebaran tabahkan hati.
Akhir kata, jika ada kami tersalah dan terkasar bahasa ampun dan maaf kami pinta.

Tuesday, August 14, 2012

Serabut Kabut Melingkari Pelangi




Serabut kabut melingkari pelangi
menyulam suram mengait runsing
titis titis kemanusiaan
berterbangan di semesta alam
lalu pudar warna-warna kehidupan
dalam egois yang terbelenggu.

Serabut kabut melingkari pelangi
mengerkah serakah
dalam rakus nafsu
bibit bibit kebencian
terlontar dari kantung dendam
lalu menghiris bunga-bunga ceria
dalam keangkuhan yang membabi buta.

Serabut kabut melingkari pelangi
dilema kesumat memercik dendam
roda roda kehidupan
berputar dalam hutan dosa
lalu terjerat minda-minda dusta
dalam tafakur memohon kepastian.


A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi
(Berita Harian - 12 Ogos 2012)

Saturday, July 21, 2012

Selamat berpuasa


Setelah setahun kita menunggu akhirnya Ramadhan datang kembali.
Selamat Datang Ramadhan yang mulia. 
Semoga ianya akan membawa lembar baru kepada kita. 
Dalam melangkah bulan yang penuh dengan ujian ini semoga kita berhasil memenangi dalam menyucikan jiwa kita.
Dikesempatan ini juga, jika ada salah dan silap dari saya mohon dimaafkan zahir dan batin.

Selamat menunaikan Ibadah puasa.

Marhaban ya Ramadhan.

Sunday, July 1, 2012

Projek penanaman pokok di Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa

Hutan Simpan Paya Gambut Raja Musa merupakan sebahagian daripada Hutan Paya Gambut Selangor Utara (HPGSU) yang terletak berhampiran Berjuntai Bestari,Batang Berjuntai di bahagian utara negeri Selangor. (Details)
Pada tanggal 30hb Jun '12, atas kesedaran betapa pentingnya paya gambut terhadap ekosistem dan fauna dalam mengurangkan kepanasan global yang melanda dunia pada hari ini, 40 peserta dari Sony dengan sukarelanya membantu menanam semula sebanyak 300 anak pokok Tenggek Burung. Aktiviti ini dianjurkan oleh GEC (Global Environment Centre) sebuah NGO yang bertanggungjawab mengendalikan kawasan ini.


Bergambar di pinggir jalan besar.


Kami terpaksa berjalan sejauh 1.25km untuk sampai ke destinasi.
Cuaca ketika ini panas terik.


Dalam perjalanana, sempat bergambar dengan akar kayu di tanah gambut.


Perkara-perkara yang dilarang didalam hutan Simpan Kekal seperti tertakluk dalam Akta Perhutanan Negara 1984.


Akhirnya sampai ke destinasi yang dituju


Dari kiri wakil dari SAHABAT, Wakil Jabatan Hutan Encik Suhaimi, Adun Kajang YB Lee KS, Wakil pengurusan Sony Encik Kamarul. 


Encik Kamarul sedang memberi amanat dari MD.


Petugas-petugas yang membantu pasukan kami


Ahli-ahli Sony mendengar ucapan dan juga taklimat


Keletihan berjalan sejauh 1.25km tidak menghalang mereka dari menabur budi kepada bumi.


Taklimat yangdiberikan termasuk bagaimana cara menanam pokok dan juga langkah-langkah keselamatan sepanjang berada di sini.



Encik Suhaimi dari Jabatan Perhutanan sedang berucap



YB Lee memberi ucapan yang memberangsangkan

 Penyerahan anak pokok Tenggek Burung sebagai simbolik bermulanya aktiviti


Encik Raj dari GEC memberi penerangan


Sempat bergambar dengan YB Lee


Bergambar beramai-ramai sebelum aktiviti


Encik Yusrin membawa anak pokok ke tempat penanaman


Menanam pokok di tanah gambut


Siap!!!


Mengorek tanah


Akhirnya semuanya selesai.



Sunday, May 6, 2012

Pesta Buku Antarabangsa 2012

Menjejak kaki ke Pesta Buku Antarabangsa pada 5hb Mei 2012. Acara tahunan ini bermula dari 27 Mei tempohhari dan berakhir pada 6 Mei 2012. Bermacam-macam buku baru dan lama disajikan buat para pengunjung. Walaubagaimanapun, seperti biasa hanya membuat lawatan ke gerai pameran yang telah dirancang lebih awal sebelum ke sini.

Di Gerai Fajar Fakeer sempat bertemu dengan penulis buku Primadona Orang Muda, Bikash Nur Idris.

Bersama Ratu Bulan yang mempromosikan novel beliau Hikayat Cinta dan Prince Charming.

Tidak melepaskan peluang bergambar bersama Pak Latip yang berada di Gerai PTS.

Ini merupakan pengunjung yang beratur untuk berjumpa dengan Ramlee Awang Murshid.

Karangkraf juga ada pentas untuk promosi bukunya.

Norzailina Nordin sedang menurunkan autograf buat Amira Aishah.

Dan bergambar bersama.

Masih beratur untuk berjumpa dengan RAM.

Akhirnya sampai juga ke meja RAM.

Amira Farhana bersama RAM


Penulis juga tidak melepaskan peluang bersama RAM

Sempat belajar cara menjilid buku dengan cara mudah.

Kemuncak kunjungan kami adalah ke Rumah Pink Ain Maisarah.
Amira Farhana sedang menunggu untuk berjumpa dengan Ain Maisarah.

Akhirnya berjumpa dengan penulis kegemarannya.

Aishah juga sempat bersua muka dengan Ain Maisarah.

Bak kata Ain Maisarah, kunjungan kami seperti kunjungan hari raya. Setahun sekali bertemu.
Terima kasih Ain Maisarah kerana masih mengingati kami.

Begitulah berakhirnya kunjungan kami ke Pesta buku antarabangsa 2012.
(Sambil menarik keluar beg troli khas Ain Maisarah ke Tempat Letak Kereta)

Sunday, March 4, 2012

Apa dah Jadi


Jika diperhatikan seimbas lalu, banyak mesin water filter dipasang di hadapan kedai-kedai yang berpotensi untuk pengguna menggunakan kemudahan ini. Dengan harga yang berpatutan kita boleh mendapat bekalan air yang bersih.
Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah, jika kita perhatikan betul-betul mesin ini terpaksa diikat dengan rantai dan diletak dengan mangga besar. Patutkah ianya begini. Kita dapat melihat ada kesan mesin ini pernah dipecahkan.
Siapakah yang melakukannya? Itu yang kita tidak tahu.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini?
Kenapa masih ada makhluk yang merosakkan harta benda awam?

Akhir kata pastikan anak-anak kita tidak terjerumus dalam kerja-kerja yang tidak bermoral.

Monday, February 6, 2012

Lepak di Pavillion KL

Salam Maulidur Rasul buat sahabat.
Cuti-cuti ni sempat meluangkan masa ke Pavillion KL.
Kesibukan lalulintas pada hari ini tidak sesibuk hari biasa. Namun begitu parking kat sini memang penuh. Terima kasih kat abang berbangsa Cina sekeluarga yang sanggup menunggu kami berpusing ke tempat parkingnya. Begitulah semangat satu Malaysia yang ditunjukkan.


Dua puteriku berposing dihadapan bangunan Pavillion.


Pancutan air yang mendamaikan di waktu terik matahari membakar kulit.





Kalau dah minat Korea tu, mestilah replika negara tersebut yang dicari.







Pastinya kedai buku Times ini yang menjadi sasaran kami sekeluarga.


Tokyo Street mengingat kan ketika berada di Jepun.
Rangkaian kedai Jepun yang disusun atur membuatkan kita seperti berada di sana.
Barangan-barangan Jepun dan juga makanan Jepun terdapat di sini.

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...