Wednesday, September 16, 2020

Jalan-jalan Cameron Highland Day 1

Hari ni penulis nak berkongsi pengalaman dengan sahabat sekalian percutian di Cameron Highland (CH).
Kami sekeluarga bertolak ke CH pada pagi sabtu 12 Sep 2020 pukul 10 pagi dari Bangi. Singgah sebentar sarapan di r&r Serdang untuk bersarapan pagi. Kat sini yang famousnya nasi lemak bungkus.
      Selesai makan kami meneruskan perjalanan sehingga ke exit Tapah. Tiba di situ lebih kurang pada pukul 1 petang. Di sini kami singgah ke Petronas untuk mengisi minyak dan singgah ke tandas.
          


Dari tapah kami singgah ke air terjun Lata Iskandar. Ramai pengunjung singgah di sini untuk bergambar dan juga mandi-manda.



        Suasana yang dingin dan nyaman di sini mengujakan lagi untuk iami sampai ke destinasi.



          Lebih kurang 3.30 kami sampai ke Hotel Heritage Tanah Rata CH. Hotelnya yang cantik, apatah lagi berada di kawasan yang tinggi membuat kami lebih teruja.



          Ini adalah pemandangan dari bilik hotel kami di tingkat 6 daripada 7 tingkat. Di dalam bilik tidak perlu aircond. Angin yang bertiup dari luar sudah menyejukkan. Di dalam bilik cuma disediakan dengan kipas angin. Pada hari pertama ini sampai sahaja di bilik hujan turun lebat hinggalah ke petang.

          Antara tempat yang kami lawati adalah.


          Orchid Food Corner menyajikan berbagai jenis masakan yang sedap. Do sini terdapat beberapa buah gerai yang booeh kita pilih masakan kegemaran kita.



     Nan chrese strawberry


Tak ketinggalan ayam tandoori.

Goreng-goreng pun ada di sini. 

          Kenyang makan kami ke pasar malam di Golden Hill. Walau pun dalam hujan rintik rintik kami sampai juga ke sana. Kereta yang banyak masuk ke aana menyebabkan kesesakan di pintu masuk. Setelah beeaabar alhirnya kami dapat juga parking ditempat yang telah di sediakan dengan kosnya RM3 sekali masuk.

          Di sebabkan musim PKP pelawat dikehendaki beratur untuk masuk. Kami beratur panjang. Lebih kurang 100meter. 

        Setelah membuat pemeriksaan suhu dan pendaftaran kami masuk ke kawasan pasar malam. Jalannya di bahagi 2. Bermaksud one way. Masuk jalan terus dan keluar. Pada pemerhatian penulis kedai yang ada berkurangan dari kami sampai ke sini pertama kali dahulu.


          Kali ini kami berjumpa dengan strawberry jenis albino. Mungkin disebabkan warnanya putih ianya disebut albino. Kata peniaga di situ manis buahnya. Tapi bila kami makan di hotel, tidak lah semanis kata-kata manis si gadis penjual strawberry itu. Mungkin manisnya sudah pergi ke dia kot. 😅

Begitulah hari pertama kami di CH. 

Negaraku Merdeka



Selamat menyambut Hari Malaysia.

Lama tak kemaskinikan blog ni. Agaknya dah berdebu dan berhabuk. Awak baca ada rasa nak bersin tak. Salam ceria semua. 😊

Wednesday, November 7, 2018

Catatan di Jakarta

Kalau pergi Indonesia tidak sah kalau kami tak pergi mencari buku-buku di sana. Kali ini di Jakarta, selain dari Gramedia book store kami juga pergi ke pusat buku bekas di M square mall. Terdapat banyak kedai buku terbaru dan terpakai di sini.

        Paling tidak disangka saya menjumpai sebuah buku yang paling ingin saya cari iaitu buku antologi cerpen pendek Graffiti Imaji terbitan yayasan multimedia sastra Indonesia tahun 2002. Itupun setelah mencari lebih dari separuh kedai di situ. Setelah diterbitkan lebih 15tahun baru saya dapat memilikinya.

         Buku rare ini adalah antara pencetus pengumpulan karya dari internet ke cetakan buku pada masa itu. Di dalam buku ini turut termuat karya saya yang berjodol Datuk Kertau. 😊

Saturday, September 1, 2018

Merentas Selat Melaka ke Pekanbaru, Riau

Tanggal 31 Ogos, maka rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan. Pada tahun ini genap 61 tahun kita merdeka.
     Sempena cuti kemerdekaan ini saya sekeluarga mengambil peluang berjalan-jalan di Pekanbaru Riau.
     Suasana di sini sememangnya sama seperti di Malaysia. Memang pun kita dahulunya serumpun.


          Di sini kami kami tinggal di Tjokro Hotel Pekanbaru. Neralamat di Jl, Jendrel Sudirman No 51 Pekanbaru, Riau. Kedudukan hotel ini lebihkurang lima kilometer dari bandara. Kedudukannya di pinggir bandar menyebabkan sedikit jauh dari bandar. 
          Tujuan percutian hanyalah untuk merehatkan diri dari bebanan kerja. Jadi kami tidak menyediakan itenari yang terlalu padat. Cukup dapat mengenal serba sedikit budaya dan cara hidup orang di sini.

          Dari bandara kami mengambil teksi terus ke hotel. Semasa dikaunter kami dikenakan 5k rupiah dan harga teksi pula mengikut meter. Harga teksi kami lebih kurang 50K rupiah. Lebih kurang 17ringgit.


          Sewaktu check in hotel disediakan juga welcome drink buat penghilang dahaga. 

Tempat makan pertama kami singgah Teras Kayu Resto.

Inilah sahabat yang membawa kami berjalan disepanjang berada di sini. Ucop @ Inal. 

Ayam penyet dan patin menjadi pilihan.

Tempat yang mesti kami berkunjung ke Indonesia adalah Gramedia.

Bermacam2 buku terdapat di sini.

Kami juga melawat tapak Taman Budaya.

Pisang bakar cheese menjadi pilihan

Jagung bakarnya juga sangat sedap

Masjid Agung pekanbaru. Perlu dilawati.

Danau buatan. Sedikit terbiar. Jika diurus dengan baik boleh menjadi tempat wisata terbaik.

Barangan kraftangan yang diperbuat dari rotan boleh didapati di tepi-tepi jalan.

Bangunan perpustakaan besar di sini.

Salah sebuah pusat membeli belah.

Pasar wisata Pasar Bawah, pekanbaru, Riau

Di sini kita boleh menjamu selera dengan pelbagai juadah dari durian.

Tiba masa untuk pulang. 


Thursday, May 25, 2017

Gunung Merapi di Yogyakarta

Semasa kami di Borobudur, kami tinggal di Eloprogo Art House. Tempat pertemuan 2 sungai iaitu sungai progo bertemu dengan sungai Elo. Dari teratak kami di sini boleh nampak gunung merapi. Kesimpulannya tempat ini sabgat menarik dan masih segar udaranya kerana hutan-hutannya terjaga baik.

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...