Thursday, January 28, 2010

Cantik, tapi bahaya

Penggunaan bekas polisterin sangat meluas dalam Negara kita yang tercinta ini. Ramai antara kita akan menggunakan cawan atau pinggan yang diperbuat dari polisterin jika mengadakan sesuatu majlis. Begitu juga dengan penjual-penjual makanan, membungkus dengan menggunakan bekas polestrin. Sedar atau tidak penggunaan polestrin ini sangat merbahaya kepada kita walaupun acapkali penerangan mengenainya dilontarkan dalam media masa kita hari ini, namun penggunaannya makin meluas.


Paling ditakuti bahan ini yang mengandungi bahan kimia boleh menyebabkan kanser pada organ dalaman manusia terutamanya sistem pencernaan, sel darah dan juga hati.


Hairan juga, kenapa kerajaan tidak mengharamkan penggunaan bahan polisterin ini atau ada yang mengatakan ianya sebagai kotak maut. Adakah ianya berkaitan dengan kepentingan pihak-pihak tertentu? Apa-apa pun mulai saat ini saya akan kempen untuk diri saya agar menjauhi bekas Polisterina.


Monday, January 18, 2010

Nikmatilah e-novel A. Hamid Halim


Setelah mentelaah serba sedikit buku cara-cara menulis novel saya pun cubalah untuk menggarapkannya ke dalam bentuk tulisan. Tetapi takut juga kiranya cita-cita ini hanya menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Jadi saya pun membuat sebuah lagi blog khas untuk menulis novel. Mungkin boleh kita katakan sebagai e-novel kot. Dibawah ini disertakan alamat blog terbaru itu.
http://kelamkalibut.blogspot.com/

Jadi pakat-pakat melawatlah blog novel yang belum bertajuk itu. Juga mungkin ada rakan-rakan yang sudi untuk menjadi warden yang akan memantau supaya penulisan novel saya tidak berhenti ditengah jalan. Tapi yang penting saya perlukan sokongan dan komen-komen yang boleh memperbaiki penulisan ini.

Kalau dapat sambutan bolehlah diketengahkan ke syarikat penerbitan. (boleh kah? emmm... macam tidak percaya pada diri sendiri pula). Kalau tidak, mungkin ianya akan terus bersawang dalam laman maya ini sahaja.

Okaylah, apa tunggu lagi kliklah ke situ dan Selamat Membaca.

Monday, January 11, 2010

Resepi Menulis Novel 1


Tahun baru. Azam pun baru. Teringin nak menulis novel. ha ha ha... boleh kah aku menerima cabaran ini. Yalah, Asyik membaca novel orang lain saja, sekali sekala biarlah orang lain pula yang baca novel aku.

Apa-apa pekerjaan yang kita nak buat pun pertama, mestilah bersungguh-sungguh (Rasanya aku memang nak bersungguh kali ni. Asyik terbengkalai sahaja sebelum ini). Bahan dah ada kah? Insyaallah setelah aku menunjukkan sinopsis kepada keluargaku (peminat & pengkritik tetap aku) mereka berminat dan mencabar aku supaya dihabiskan cerita tersebut. Selain itu beberapa kitab untuk menulis juga aku sediakan (sebab tidak ada pendidikan formal dalam penulisan).

Aku teringin hendak berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang satu bab dalam buku 'Writing a Novel and Getting Published for Dummies'. Banyak motivasi yang terdapat dalam buku ini jika kita hendak terus menulis. Jika kita hendak buat apa benda sekali pun tidak kira dalam apa bidang, perkara yang utama ialah praktis. Orang putih cakap 'Practice make perfects'. Gary Player (Champion Golfer) berkata 'The harder I practice the luckier I get'.
Di dalam penulisan ini pun begitu juga perlu banyak latihan untuk kita maju dan cekap. Antara perkara yang dicadangkan didalam buku ini untuk menulis novel adalah:
i. Menulislah dalam masa sepuluh minit setelah kamu bangun dari tidur. Tulislah apa sahaja. Boleh bermula dengan cerita dari mimpi yang kita ingat. Bebas dan tiada peraturan.
ii. Tulis lah 3 mukasurat dari cerita kamu (800 hingga 1000 patah perkataan)
iii. Setiap hari ruangkan masa dengan menulis 300 patah perkataan mengenai gambaran dan kelakuan terhadap seseorang yang kamu jumpa atau yang kamu perhatikan.
vi. Tulislah 300 patah perkataan tentang penulisan kamu setakat ini. Seperti sepucuk surat kepada dirimu, merefleksikan tentang apa yang anda lakukan dan bagaimana perjalanannya.
v. Untuk lebih kesenangan bacalah bab-bab dari novel lain atau cerpen agar dapat memberi idea baru dan segar.
Itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan dan boleh juga dipraktiskan oleh kawan-kawan.

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010


Tepat 12 tengah malam nanti seluruh dunia akan menyambut tahun baru 2010. Setiap tahun perkara yang sama akan berlaku dan dilakukan bagai satu budaya yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi sehingga kini. Yang pastinya setiap orang ada caranya tersendiri. Keceriaan atau Kesedihan sudah tentu akan melakari wajah-wajah setiap insan.
2009 pasti akan menjadi sejarah bila tiba detik 12 malam. Berbagai peristiwa suka dan duka menyelami sanubari kita. Pasti kita masih ingat Barrack Hussein Obama menjadi presiden ke-44 Amerika Syarikat pada 20 Jan 2009. Detik demi detik bermacam peristiwa berlaku. Keganasan, Pernikahan, Kematian dan lain-lain lagi sehinggalah pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Sukan Sea di Laos. Terbaharu keganasan bolasepak oleh penyokong kedah di pertandingan akhir Piala Emas Raja-Raja dimana Perlis menjadi juara dengan menewaskan Kedah 2-0.
Tahun 2010 sudah semestinya meningkatkan umur kita setahun lagi. Sudahkah kita memeriksa amalan kita setakat ini. Kita tidak patut mengambil ringan terhadap amalan untuk akhirat. Jika tahun 2009 kita lebih terjerumus dan melebih-lebihkan perkara dunia, apa salahnya jika kita tambah pula target kita tahun 2010 untuk menjadi seorang manusia beriman dan menambah amal soleh demi menjamin kesejahteraaqn dunia dan akhirat.
Bila sebut tahun baru maka setiap individu pasti akan secara sedar atau tidak memasang azam baru untuk tahun baru. Biarpun yang lama masih terkontang kanting tidak melepasi target tapi semngat tahun baru pasti akan membuatkan individu memperbaharui target yang baru. semoga tahun baru 2010 kita akan bertambah berjaya dengan azam-azam baru tidak kira yang dibawa dari tahun lepas atau sememangnya itu memang azam yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Apa yang penting kita mesti lebih berjaya dalam tahun yang akan datang.
"Selamat Tinggal 2009 - Selamat Datang 2010"

Monday, October 12, 2009

Nasi ulam restoran


Menikmati kenikmatan di restoran nasi ulam di Seksyen 9 Bandar Baru bangi, Selangor.
Antara sajian yg dipesan adalah nasi goreng ulam dan sup udang galah.



Nasi Goreng Ulam pembuka selera...
selepas keletihan melayan kerenah di pejabat. Udang yang terdapat ditengah-tengah tu hanya hiasan hehehe... Terlompat keluar dari sup udang galah.



Sup Udang Galah.
Ha... yang ini betul betul. Selera tak???


Keseluruhannya layanan mesra dan cepat.
Cubalah cuba jika singgah seksyen 9 berdekatan dengan bangunan PKNS bangi.
Harga berpatutan.
Rating : 8/10

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...