Pada tanggal 16hb November penulis berkesempatan menonton sebuah bangsawan dari Medan Teater Negeri Sarawak di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, karya dan arahan AB Nor yang berjodol Panji Asmara.
Kisah mengenai Sultan dan permaisuri yang tidak mempunyai zuriat boleh mendapatkannya dengan mencari buah delima.
Babak 2 : Hutan Belantara
Khadam Hassan dan Khadam Hasid mengembara untuk mencari buah delima. Mereka menyeru serta memohon pertolongan Petapa Guru untuk menunjukkan dimanakah buah delima, permaisuri akhirnya melahirkan Putera Raja yang diberi nama Panji Asmara.
Babak 3 : Taman Istana
Ketika Kembang Cina dan dayang-dayang istana sedang bermain serta berhibur bersama Puteri Nilawati, muncul Putera Kelana Raja Alam di Rimba memasuki taman larangan dan membuat onar.
Babak 4: Ruang Santapan Istana
Berita tentang perbuatan keji Putera Kelana telah sampai ke pengetahuan Panji Asmara. Panji Asmara amat menyesali tentang apa yang terjadi pada tunangnya Puteri Nilawati dan mahu pergi menentang Putera Kelana, NAmun tidak dipersetujui oleh Raja dan Permaisuri. Putera Kelana adalah seorang yang mempunyai sakti. Maka, Khadam Hassan dan Khadam Hasid berusaha untuk menemui Petapa Guru sekali lagi untuk meminta bantuan.
Babak 5:
Putera Kelana telah menceroboh masuk bilik beradu Puteri Nilawati dan cuba untuk menggoda Puteri menggunakan kesaktiannya. Muncul Panji Asmara. Akhirnya terjadi pertembungan antara kedua-duanya.
Babak 6: Balairong Seri
(Persandingan Panji Asmara dan Puteri Nilawati)
Hari persandingan Panji Asmara dan Puteri Nilawati telah tiba. Perkahwinan mempelai di Raja ini diraikan dengan begitu meriah serta penuh dengan adat istiadat istana. Sedang majlis berjalan, bekas sakit didada Panji Asmara semasa pertarungan dengan Putera Kelana menyerang kembali.
No comments:
Post a Comment