Sambungan dari blog yang sebelum berkenaan dengan pementasan Bangsawan Panji Asmara, di sini penulis ingin berkongsi adegan-adegan yang menjadikan teater tersebut berjaya.
Inilah Pangung Bandaraya, terletak bersebelahan Dataran Merdeka.
Keadaan dalam dewan sebelum persembahan.
Bangsawan Seri Sarawak mempersembahkan Panji Asmara.
Tukang cerita antara babak ke babak.
Bagi membolehkan prop di pasang dibelakang pentas, penonton di serikan dengan tarian dan nyanyian.
Barisan pemuzik yang membantu menyegarkan pementasan.
Dengan gabungan yang mantap antara pelakon dan tenaga produksi sudah tentu penonton akan menemui suatu kepuasan yang maksima.
Setelah selesai persembahan penulis dan sahabatnya Jefri sempat beramah mesra dengan pengarah teater Saudara AB Nor dan juga penyanyi Dewan Bandaraya.
Sebuah Blog A. Hamid Halim yang mengisarkan pengembaraan di dunia yang penuh dengan tragedi. Lalu dengan rasa penuh tulus dan ikhlas ingin berkongsi cebis-cebis pengalaman dengan rakan-rakan sekalian.
Saturday, November 23, 2013
Monday, November 18, 2013
Bangsawan Panji Asmara
Pada tanggal 16hb November penulis berkesempatan menonton sebuah bangsawan dari Medan Teater Negeri Sarawak di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, karya dan arahan AB Nor yang berjodol Panji Asmara.
Kisah mengenai Sultan dan permaisuri yang tidak mempunyai zuriat boleh mendapatkannya dengan mencari buah delima.
Babak 2 : Hutan Belantara
Khadam Hassan dan Khadam Hasid mengembara untuk mencari buah delima. Mereka menyeru serta memohon pertolongan Petapa Guru untuk menunjukkan dimanakah buah delima, permaisuri akhirnya melahirkan Putera Raja yang diberi nama Panji Asmara.
Babak 3 : Taman Istana
Ketika Kembang Cina dan dayang-dayang istana sedang bermain serta berhibur bersama Puteri Nilawati, muncul Putera Kelana Raja Alam di Rimba memasuki taman larangan dan membuat onar.
Babak 4: Ruang Santapan Istana
Berita tentang perbuatan keji Putera Kelana telah sampai ke pengetahuan Panji Asmara. Panji Asmara amat menyesali tentang apa yang terjadi pada tunangnya Puteri Nilawati dan mahu pergi menentang Putera Kelana, NAmun tidak dipersetujui oleh Raja dan Permaisuri. Putera Kelana adalah seorang yang mempunyai sakti. Maka, Khadam Hassan dan Khadam Hasid berusaha untuk menemui Petapa Guru sekali lagi untuk meminta bantuan.
Babak 5:
Putera Kelana telah menceroboh masuk bilik beradu Puteri Nilawati dan cuba untuk menggoda Puteri menggunakan kesaktiannya. Muncul Panji Asmara. Akhirnya terjadi pertembungan antara kedua-duanya.
Babak 6: Balairong Seri
(Persandingan Panji Asmara dan Puteri Nilawati)
Hari persandingan Panji Asmara dan Puteri Nilawati telah tiba. Perkahwinan mempelai di Raja ini diraikan dengan begitu meriah serta penuh dengan adat istiadat istana. Sedang majlis berjalan, bekas sakit didada Panji Asmara semasa pertarungan dengan Putera Kelana menyerang kembali.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hamid Picture
About Me
- A. Hamid Halim
- Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...