Saturday, November 23, 2013

Disebalik tabir Panji Asmara

Sambungan dari blog yang sebelum berkenaan dengan pementasan Bangsawan Panji Asmara, di sini penulis ingin berkongsi adegan-adegan yang menjadikan teater tersebut berjaya.

Inilah Pangung Bandaraya, terletak bersebelahan Dataran Merdeka.


Keadaan dalam dewan sebelum persembahan.


Bangsawan Seri Sarawak mempersembahkan Panji Asmara.

Tukang cerita antara babak ke babak.


Bagi membolehkan prop di pasang dibelakang pentas, penonton di serikan dengan tarian dan nyanyian.





Barisan pemuzik yang membantu menyegarkan pementasan.

Dengan gabungan yang mantap antara pelakon dan tenaga produksi sudah tentu penonton akan menemui suatu kepuasan yang maksima.

Setelah selesai persembahan penulis dan sahabatnya Jefri sempat beramah mesra dengan pengarah teater Saudara AB Nor dan juga penyanyi Dewan Bandaraya.







Monday, November 18, 2013

Bangsawan Panji Asmara

Pada tanggal 16hb November penulis berkesempatan menonton sebuah bangsawan dari Medan Teater Negeri Sarawak di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, karya dan arahan AB Nor yang berjodol Panji Asmara.

Babak 1 - Istana.
Kisah mengenai Sultan dan permaisuri yang tidak mempunyai zuriat boleh mendapatkannya dengan mencari buah delima.

Babak 2 : Hutan Belantara

Khadam Hassan dan Khadam Hasid mengembara untuk mencari buah delima. Mereka menyeru serta memohon pertolongan Petapa Guru untuk menunjukkan dimanakah buah delima, permaisuri akhirnya melahirkan Putera Raja yang diberi nama Panji Asmara.



Babak 3 : Taman Istana

Ketika Kembang Cina dan dayang-dayang istana sedang bermain serta berhibur bersama Puteri Nilawati, muncul Putera Kelana Raja Alam di Rimba memasuki taman larangan dan membuat onar.






Babak 4: Ruang Santapan Istana

Berita tentang perbuatan keji Putera Kelana telah sampai ke pengetahuan Panji Asmara. Panji Asmara amat menyesali tentang apa yang terjadi pada tunangnya Puteri Nilawati dan mahu pergi menentang Putera Kelana, NAmun tidak dipersetujui oleh Raja dan Permaisuri. Putera Kelana adalah seorang yang mempunyai sakti. Maka, Khadam Hassan dan Khadam Hasid berusaha untuk menemui Petapa Guru sekali lagi untuk meminta bantuan.






Babak 5:





Putera Kelana telah menceroboh masuk bilik beradu Puteri Nilawati dan cuba untuk menggoda Puteri menggunakan kesaktiannya. Muncul Panji Asmara. Akhirnya terjadi pertembungan antara kedua-duanya.







Babak 6: Balairong Seri
(Persandingan Panji Asmara dan Puteri Nilawati)

Hari persandingan Panji Asmara dan Puteri  Nilawati telah tiba. Perkahwinan mempelai di Raja ini diraikan dengan begitu meriah serta penuh dengan adat istiadat istana. Sedang majlis berjalan, bekas sakit didada Panji Asmara  semasa pertarungan dengan Putera Kelana menyerang kembali.







Tuesday, June 18, 2013

Indahnya ketenangan

Sesungguhnya hamparan kehidupan akan terasa keindahannya.
Bila kita bersyukur
Bila kita reda
Kita tunduk pada pencipta kita
Kita ciptakan keberkatan
Biar memenuhi ruang
Perjalanan panjang ini
Kan terasa tenang.

Wednesday, May 22, 2013

Sewaktu menanti mentari beradu

Sewaktu menanti mentari beradu
Terdengar suara azan
Sayup memanggil
Mengadap ilahi.

Maghrib ini
Penuh rasa hina
Inginku sembahmu yaAllah
Agar tenang
Tidurku nanti.

Monday, May 20, 2013

Tika lapar di laman waktu

Berat rasa
Adanya terharu
Diterjah masa
Kala mata belum beradu
Kala tangan masih mampu
Berikanlah secebis cinta
Tika datangnya lapar
Di laman waktu

Saturday, May 18, 2013

Sejernih kasih di gunung Fuji

Hening tika angin lalu
Menghembus wajah
Sewaktu kabus mengaburi janji
Sewaktu rintik menaburi keegoan
Tetap aku di kala ini
Merindu kasih
Di kaki gunung Fuji

Tuesday, February 12, 2013

Terjemahan Surah Al 'Alaq


Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ [96.1] Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ [96.2] Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأكْرَمُ [96.3] Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ [96.4] Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.
عَلَّمَ الإنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ [96.5] Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
كَلا إِنَّ الإنْسَانَ لَيَطْغَى [96.6] Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَى [96.7] karena dia melihat dirinya serba cukup.
إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى [96.8] Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali (mu).
أَرَأَيْتَ الَّذِي يَنْهَى [96.9] Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,
عَبْدًا إِذَا صَلَّى [96.10] seorang hamba ketika dia mengerjakan salat,
أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ عَلَى الْهُدَى [96.11] bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran,
أَوْ أَمَرَ بِالتَّقْوَى [96.12] atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?
أَرَأَيْتَ إِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّى [96.13] Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?
أَلَمْ يَعْلَمْ بِأَنَّ اللَّهَ يَرَى [96.14] Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
كَلا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعًا بِالنَّاصِيَةِ [96.15] Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya,
نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ [96.16] (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ [96.17] Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya),
سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ [96.18] kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah,
كَلا لا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ [96.19] sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu


Tuesday, January 1, 2013

Salam 2013


Selamat tinggal 2012. Selamat datang 2013.
Bila kita mendapat sesuatu yang baru kita akan cuba menjaga dengan baik. Benda yang baik perlu ada cara untuk menjaga atau memelihara agar sentiasa baru dan segar. Lagi mahal barang tersebut makin teliti kita akan menjaganya.
          Jika kita memandang remeh terhadap perkara-perkara yang perlu di perbaiki atau perbetulkan maka azam kita untuk berubah atau azam kita untuk meningkatkan kualiti diri akan cuma menjadi omongan kosong. Maka bersamalah kita berusaha untuk meningkatkan diri kita dari masa ke semasa.


Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...