Monday, September 5, 2011

Meriahnya raya


Dalam kegembiraan menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia, amalan tandang bertandang ke rumah sanak saudara dan sahabat handai menjadi agenda utama bagi setiap lapisan masyarakat. Berbagai juadah dihidangkan. Inilah waktunya kita bermaaf-maafan sekiranya ada salah dan silap sepanjang persahabatan.


Yang jauh pulang ke kampung halaman. Yang dekat datang bertandang mengeratkan tali persaudaraan.

 


Pada tahun ini penulis beraya di Sandakan, Sabah. Meriah suasana terasa, gembira hati tidak terkira melihat keceriaan diwajah masing-masing.



Saudara jauh dan dekat dilawati. Tanda ingatan yang berpanjangan.



Apa yang menariknya di sini ialah tetamu dihidangkan dengan air minuman dalam tin dan yang paling popular adalah Coca-cola.

 Semoga meriahnya hari raya ini dapat dinikmati juga oleh semua sahabat-sahabat.

No comments:

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...