Sebuah Blog A. Hamid Halim yang mengisarkan pengembaraan di dunia yang penuh dengan tragedi. Lalu dengan rasa penuh tulus dan ikhlas ingin berkongsi cebis-cebis pengalaman dengan rakan-rakan sekalian.
Saturday, December 31, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Kek Lumut Sarawak
Dalam kemeriahan hari raya ini salah satu makanan menarik yang dapat dinikmati adalah kek lapis sarawak yang dibuat oleh emak saudara kami di Taman Airport batu 7. Kebetulan anakku yang membaca Keluarga Sept 09 terjumpa pelbagai cara membuat kek lapis. Disebabkan semuanya memerlukan ketekunan yang tinggi maka dia memilih untuk mencuba Kek Lumut yang hanya satu lapis. Rasanya tetap enak dimakan.
Dibawah ini dikongsikan resepi membuat kek lumut.
10 butir telur
454 gram mentega
1 1/2 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya perasa pandan
1 botol kecil Horlick
1 botol pes pandan
2 sudu makan pewarna hijau
Cara-cara membuat:
- Pukul telur sehingga kembang. Ketepikan
- Pukul mentega dan gula hingga berkrim. kemudian masukkan telur. Gaul hingga rata.
- Masukkan tepung gandum, susu pekat manis, seri kaya dan horlick. gaul hingga sebati.
- Akhir sekali masukkan pes pandan dan pewarna hijau. gaul lagi hingga warnanya sebati dan rata. kemudian barulah dikukus atau dibakar hingga masak.
Akhir sekali bolehlah dihidangkan untuk keluarga dan sanak saudara.
Sesiapa yang berminat cubalah. Kami telah mencuba dan Alhamdulillah berjaya.
Monday, September 5, 2011
Meriahnya raya
Dalam kegembiraan menyambut kedatangan Aidilfitri yang mulia, amalan tandang bertandang ke rumah sanak saudara dan sahabat handai menjadi agenda utama bagi setiap lapisan masyarakat. Berbagai juadah dihidangkan. Inilah waktunya kita bermaaf-maafan sekiranya ada salah dan silap sepanjang persahabatan.
Pada tahun ini penulis beraya di Sandakan, Sabah. Meriah suasana terasa, gembira hati tidak terkira melihat keceriaan diwajah masing-masing.
Saudara jauh dan dekat dilawati. Tanda ingatan yang berpanjangan.
Apa yang menariknya di sini ialah tetamu dihidangkan dengan air minuman dalam tin dan yang paling popular adalah Coca-cola.
Semoga meriahnya hari raya ini dapat dinikmati juga oleh semua sahabat-sahabat.
Monday, August 29, 2011
Salam Aidilfitfri buat semua
Saya ingin mengucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat sahabat-sahabat, sanak saudara dan semua muslimin muslimat sekalian. Jika ada yang tersilap, terkasar bahasa, termakan dan segala ter atau sengaja harap dimaafkan.
Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya.
Bagi yang kena kerja di hari raya.. harap bersabarlah yer...
Bagi yang suka bermain mercun berhati-hati ketika membakar mercun takut nanti terbakar dirilah pula.
Bagi yang tidak balik kampung tu.. tolong tolonglah tengok rumah jiran yang pulang beraya sekali..
bagi yang belum membayar zakat tu cepat-cepatlah menunaikannya, takut nanti terlupalah pula.
Semoga raya kali ini memberi erti yang besar buat semua.
"Selamat Hari Raya"
Sunday, August 14, 2011
3, 2, 1 Cinta
Dah lamo den tak menulis di blog nie. Tadi masa masuk pun penuh dengan sawang. Berdebu debu dah rumah ni. jenuh nak mencuci dan mengelapnya. ish ish ish...
Hari ni nak bercerita tentang sebuah filem kegemaran den pada saat dan ketika ini... layan jer larian pena den kek bawah nie. emmm...
Cerita ni dah lama masuk panggung. Bulan Jun hari tu lagi. Pada mulanya hanya melihat promo sahaja. Kemudian bila filem ini masuk ke Panggung Astro, tergerak pula hendak melanggan. Cerita ini memang menarik. Disebabkan tidak puas menonton beli pula DVDnya. Apa? Cetak rompak. No no no... cetak rompak tak main tau. Saya beli yang Ori.

Bermula dengan artikel perigi mencari timba yang menyatakan nisbah perempuan dengan lelaki adalah 37:1, membuatkan Sam lakonan Diana Amir seorang gadis Tomboy terdesak untuk mencari jodoh untuk dirinya. Dia takut menjadi andartu. Kemudian dia tertarik dengan Nazril (Farid Kamil) dan berusaha untuk mendapatkannya. Nazril merupakan jejaka idaman Malaya bagi pelajar-pelajar perempuan Kolej ini. Bermulalah kisah romantik komedi ini apabila Sam membuat pelbagai usaha yang berani, nekad dan tidak terfikir dek akal.
Filem ini juga memaparkan kisah bagaimana ayah tiri yang sabar melayan kerenah anak tirinya (Sam) yang masih tidak dapat menerimanya sejak kematian ayah sebenar Sam.
Watak Fariz (Pierre Andre) terus menghidupkan filem ini. Kesabarannya menanti Sam sehinggakan sanggup dia menunggu lapan semester di Kolej ini.

Sunday, January 23, 2011
Bila tiba di persimpangan
Bila tiba di persimpangan. Tajuk yang nak dibebelkan hari ni. Bukan bebel sangat pun. Saja nak lepas perasaan. Iya kah? layan saja.
Selalunya dalam kehidupan kita selalu memerlukan kepada kita untuk membuat keputusan. Keputusan yang membolehkan kepada banyak jawapan kira okaylah. Tidak perlu diperkatakan lagi. Tidak ada tekanan dalam membuat pilihan. Contohnya. Hendak makan lauk apa hari ini. Kita boleh memilih samada ikan, daging atau ayam tanpa ada tekanan. Pilih sahaja yang paling membuatkan kita terliur.
Jika jawapannya hanya ada dua pilihan bagaimana ya? A atau B. C atau D. Contohnya, Jika kita pergi temuduga dan 2 syarikat memberi tawaran kerja kepada kita dalam masa yang sama. Tidakkah ini memberi tekanan kepada kita. Tambahan lagi kedua-dua syarikat itu memang kita minat. Di sinilah bermulanya tekanan. Berbagai aspek yang perlu dipertimbangkan. Gaji. Keselesaan. Kemudahan yang diberikan. Jauh atau dekat dengan tempat kerja dan bermacam-macam perkara lagi.

Setelah kita membuat keputusan yang terbaik termasuklah dengan sembahyang istiharah kita akan memilih salah satu daripada pilihan kita. Ini bermakna pilihan yang satu lagi akan terlepas dari kita. Mungkin juga buat selama-lamanya. Selama berada dengan pilihan kita barulah kita akan dapat mengalami pengalaman yang sebenar yang mana kita akan suka atau mungkin juga tidak suka dengan prasana pilihan kita itu. Pada masa ini akan terbit secebis penyesalan kerana mungkin kita akan menyangka kita sudah tersilap pilih.
Jika kita boleh kembali ke pilihan yang kedua tadi tidak menjadi masalah. Tetapi jika kita terpaksa dengan pilihan yang kita buat maka terpaksalah kita harungi juga. Atau apakah kita akan lari dari kenyataan dengan lari dari pilihan yang telah kita buat. Kadang kala jika pilihan yang kita pilih itu kita tinggalkan mungkin akan membuatkan orang yang sama-sama pergi ke temuduga bagi memilih pekerjaan yang sama dengan kita dahulu terlepas peluang mereka.

Biarpun simpang mana kita pilih pasti akan ada kebaikan dan keburukannya. Apa yang penting, seharusnya kita bersyukur dengan apa yang kita pilih dan apa yang kita dapat. Mesti ada hikmah disebalik kejadian yang kita alami.
Tuesday, January 18, 2011
Sassy Girl... Chun-Hyang
'Sakit kepala jika dah letih. Aku akan berada di sana disebabkan air matamu. Ku tinggalkan dikau pada mulanya kerna aku tidak mahu kehilanganmu.'
Sebuah kisah Korea lakonan Park Shi-eun, Eom Tae-woong, Jae Hee dan Han Chae-young pada perkiraan penulis merupakan sebuah komedi romantik yang dapat mengusik jiwa dengan kisah percintaan, persahabatan, kejayaan dan juga kegagalan. Kisah antara Sung Chun-hyang dan Lee Myong-ryong yang mengalami bermacam-macam peristiwa pahit dan manis ketika bersama. Biarpun mereka saling sayang menyayangi antara satu dengan yang lain tetapi dek kerana keegoan masing-masing menyebabkan mereka menderita.
'Kau menangis dengan memandang ke tempat lain. Aku membenci kau yang bersikap begini. Sebab itu aku pun turut menangis. Aku merinduimu. Rindu sehingga hatiku sungguh sakit. Semoga kau bahagia dengan cintaku walaupun aku sudah mati.'
Kemunculan lelaki lain yang menyukai Chun-hyang menyebabkan mereka terpaksa berpisah. Terpaksa lari dari kenyataan dan sentiasa berpura-pura bila bertemu. Biarpun begitu semakin mereka jauh semakin sayang menyerang dalam hati mereka. Namun payah sungguh untuk mereka meluahkan perasaan masing-masing menyebabkan mereka jadi letih, lari dari perasaan. Kekuatan cinta mereka hanya satu. Kepercayaan terhadap satu dengan yang lain sungguh kuat. Chung-hyang terpaksa berkorban menjauhkan diri dari Mong Ryong bagi menyelamatkan kekasihnya dari fitnah yang bakal menggelapkan masa depan Mong Ryong.
Setelah tamat belajar Mong Ryong menjadi pendakwaraya dan berjaya mencari penyelesaian terhadap fitnah yang telah dilemparkan keatas dirinya.
'Kekasihku Sahabatku
Aku hanya mahukan kau
Cinta kita adalah TAKDIR tuhan.'
Saturday, January 1, 2011
Hello 2011
Bumi, bulan, matahari dan sekalian makhluk di cakerawala seperti biasa memainkan peranan masing-masing dalam menjana sistem alam yang maha hebat ini. Sememangnya tidak tercapai di akal fikir tentang kebesaran ilahi.
Sepertimana makhluk tuhan yang lain kita sebagai manusia yang diberikan Allah akal dan fikiran perlu meneruskan kehidupan dialam nyata ini. Sempadan bagi setiap tahun, dapat kita jadikan sebagai tanda kepada kejayaan kita semasa kita menetapkan kpi (key performance index) pada tahun sebelumnya. Maka tahun ini kita perlu membuat sesuatu terhadap target yang tidak mencapai sasaran.
Tahun baru juga akan mengangkat satu lagi tahun terhadap umur kita jadi kita semakin menghampiri kepada kematian. Sedar atau tidak mungkin kita masih belum bersedia menghadapi saat-saat yang akan dilalui oleh semua orang. Maka dengan kedatangan tahun baru ini kita perlu sama-sama menambah amalan yang kurang atau bocor sebelum ini.
Akhir kata selamat menyambut tahun baru 2011. All the best.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hamid Picture
About Me
- A. Hamid Halim
- Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...