Salam sejahtera buat semua.
Cik Rahmah ni biar betul. Blog ni bukannya top mana pun. Anyway a big thanks to her for tagging this blog. Tapi ada syarat rupanya. Kena menjawab deretan soalan-soalan yang diberikan. Rasanya setakat sepenanak nasi belum habis dijawab ni.
Okay... nak start menjawab dah nie...
Okay... nak start menjawab dah nie...
1. Adakah anda rasa HOT?
- Rasanya macam gitulah. (ketawa dalam hati)
2. Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang...
3. Cerita pasal gambar ni...
- Begini ceritanya, Pada suatu hari sedang ku berjalan-jalan di pinggir hutan di negeri entah berantah, ada seorang gadis yang cantik jelita menahanku dan berkata dengan manjanya. "Abe, boleh tak adik lukis gambar abe?". Aku pun menjawab " Demi adik manis, buatlah apa saja". Itulah ceritanya. (Boleh kah?)
4. Kali terakhir makan PIZZA?
- Rasa-rasanya 4 bulan yang lalu. (Feb 10)
5. Lagu terakhir anda dengar?
- Sudah tentu Demi Cinta Ini - Febians
6. Apa anda buat selain selesaikan tag nih?
- Mengunyah kacang Tong Garden.
7. Selain nama sendiri anda dipanggil apa...?
- Che Mid.
8. Tag lagi 5 orang.
- Kak Long Comel
- Wan Norizan
- Nazmi Yaakub
- Jimadie
- Liza
9. Siapa orang no 1 pada anda?
- Kak Long atau Kak Niza merupakan salah seorang yang memberi inspirasi dalam dunia penulisan.
10. Katakan sesuatu pada orang no. 5...
- Seorang rakan yang baik dan tidak pernah mengenal erti perit dan jemu. Juga berani mencuba sesuatu yang baru untuk kebaikan diri sendiri.
11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
- So far, hubungan dengan famili tersayang dialah. Yang sulit tak taulah pula. (hehe...)
12. Bagaimana pula dengan no 2?
- Yang ini sahabat sejati saya. Dari sekolah rendah sampai ke U kami sekali.
13. Kata-kata cinta dengan orang no 4.
- Jim, I luv u... (Dah kata-kata cinta macam gitulah kot... anyway tak ada maksud tersirat tau hahaha...)
14. Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda.
- Semestinya dia seorang wanita yang kiut
- Meminati bidang sastera especially Novel dan puisi.
- Blog dia best sebab tu saya kenal dia kot hehe...
- Gigih dalam mengejar cita-cita
- Adik kepada rakan saya Mokhtaza (rakan seusrah)
Akhirnya, semua soalan dah selesai terjawab.
Apa lagi sahabat2 yang telah di tag kan tu sambung-sambungkanlah.
Wassalam
5 comments:
Hehe.. saya waraslah tuan. Kira top lah blog tuan pada saya sebab selalu menjadi tempat mata saya singgah...
Terima kasih sudi panjang-panjangkan tag saya.
[Saya tersipu-sipu membaca catatan tuan tentang saya, hihi..]
Rahmah, terima kasih kerana selalu sudi singgah.
[Tak tumbuh Tak melata. Tak sungguh Teman tak Kata... hehe]
:)) Isshhh ... isshhh ... Hamid biag betui ni? Huhuhu ...
Kak Long: K. Long Punya Blog memang dah terkenal. sebab tu saya letak no. 1 hehe...
abg ameed (nama lain lagi tu!)
tengkiu! tengkiu!..he..he..
hish!!..mcm2 lah abg ameed ni.
anyway liza suka nak promote blog ni kat org lain..bagi mereka yg cintakan seni & puisi..no 5 is my favourite no jugak.
Post a Comment