Fenomena 3D telah mula menjadi perhatian penduduk dunia masa kini. Dengan kecanggihan dan kehebatan yang ditonjolkan oleh pengeluar pengeluar filem dari barat, maka terciptalah filem dalam bentuk 3D seperti Avatar, How to train your dragon, Alice in wonderland, Clash of the titans dan Shrek the final chapter.
Inilah yang kita katakan kekuatan teknologi yang menghasilkan indera kita menangkap gambaran yang akan diterima oleh otak dan seterusnya digarap menjadikan ianya benar-benar seperti kita berada didalam filem tersebut ataupun mungkin watak-watak yang berada dalam skrin berada bersama-sama dengan kita. Biarpun ianya seperti kita tertipu tetapi tahap kepuasannya adalah seperti segalanya adalah benar-benar terjadi.
Penulis juga ingin menikmati kecanggihan yang diperkatakan dengan menonton cerita Shrek Final Chapter 3D di KLCC. Kami sekeluarga telah diberi kaca mata khas untuk 3D. Setelah duduk di atas kerusi baldu yang disediakan maka mencubalah kami kaca mata khas yang diberikan itu. Gambar yang kelihatan tampak malap. Rupa-rupanya fungsi kaca mata khas itu menyerap cahaya dan menyebabkan ianya sedikit kelam.
Lama juga untuk menyesuaikan diri dengan kaca mata tersebut. Mulanya tidak berapa selesa. Biarpun penulis memakai spek, design kaca mata khas itu lebih besar dari spek penulis. Satu masa dahulu penulis pernah melihat filem 3D tetapi kaca mata yang diberi cukup-cukup untuk muka.
Perbezaan gambar pada mata kasar jika kita tidak memakai kaca mata khas itu, gambar akan kelihatan berlapis. Mungkin itulah sebabnya teknik gambar itu ada yang jauh dan ada yang dekat.
Pengembaraan kita bersama kaca mata 3D amat mengujakan bila kita seperti bersama-sama pelakon di dalam skrin. Bila sesuatu barang dibaling atau jatuh kearah kita pasti kita akan terasa hendak mengelak kerana ianya benar-benar seperti hidup. Kadang-kadang kita akan terasa gambar pelakon seperti terkeluar dari skrin.

Pengalaman selama sejam setengah itu memang mengasyikkan dan penulis berpuas hati dengan hidangan yang disajikan. Penulis akan terus mengikuti cerita lain yang berkonsep 3D pada masa yang akan datang kerana perbezaan ketara antara filem yang biasa dan filem 3D.
No comments:
Post a Comment