Perjalanan selama 3 jam dari Bandar Baru Bangi pada 15 Mei 2010 membawa penulis dan keluarga ke satu kawasan perkampungan yang damai di Gambang. Melalui pekannya yang hanya mempunyai beberapa blok kedai dan kami meneruskan perjalanan hingga ke Bukit Gambang Resort.

Sesampai di lobby kami terus check in. Tetapi tidak terus memasuki bilik. Sebaliknya kami mengarah ke Bukit Gambang water park yang terletak kira-kira 200 meter dari situ. Cara untuk ke situ boleh sahaja menaiki kereta sendiri, berjalan kaki atau menaiki tren yang disediakan. Kami memilih untuk menaiki kereta.
Setelah memarkir kereta kami terus ke kaunter tiket dan segala urusan telah dilakukan oleh penganjur. Kami cuma mengambil tiket dan berjalan memasuki ke water park melalui gift shop.
Sempat bergambar sebelum menyalin pakaian.
Apa yang menariknya, kita tidak perlu membawa duit sepanjang bermain di sini. Kita hanya menambah nilai yang di key in di gelang yang diberikan. Nilai wang yang ada boleh digunakan untuk menyewa pelampung, menyewa locker dan juga untuk membeli makanan. Bakinya akan dikembalikan selepas keluar dari sini. Begitu juga dengan locker kita tidak perlu risau kerana sistem chip dan scan yang digunakan boleh dikatakan selamat.
Kawasan yang kelihatan pada gambar di atas adalah penguin island. Di sini terdapatnya kids slide, adults leisure pool, aquaplay dan glacier river.
Kawasan yang kelihatan pada gambar di atas adalah penguin island. Di sini terdapatnya kids slide, adults leisure pool, aquaplay dan glacier river.

Gambar di atas pula adalah kawasan tree top hill slides dimana di sini terdapatnya tin mine racer, crystal slide, galaxy slide, canopy slide dan family raft ride.

Satu lagi kawasan yang menjadi perhatian adalah coco beach di mana ada waktunya ombak akan dilepaskan menjadikan ianya lebih menarik.

Bahari dan anak-anak dilambung ombak.

Inilah wajah MC yang menggamatkan suasana malam ini.

(Dengan kata lain perut sudah pun mendendangkan lagu keroncong untuk makanan...)

Sal & Zailan big famili


Nadiah dan suami


Aini dan famili serta rakan-rakan
Tidak dilupakan untuk para pendidik yang bergelar guru, ustaz dan pensyarah juga diraikan pada malam ini. Wahai pembimbing anak bangsa. Jasamu tetap akan diingati dan segala ketulusanmu dalam mengajar para pelajar akan diberi imbuhan yang setimpal olehNya.




Akhirnya tibalah waktu pulang ke BBB pada 16 Mei 2010. Bukit Gambang ternyata tidak mengecewakan bagi para penggemar percutian yang berteraskan air.