Sunday, March 14, 2010

Bila Mentari Mencecah Lautan

(Berita Harian - 13 Mac 2010)

Bila mentari mencecah lautan

gelora samudera mengalun gempar

gelegak gelodak menyumpah fitrah

terdampar kebenaran di kaki langit.


Bila mentari mencecah lautan

menghanyut ego gemuruh petaka

muncul tangan penuh barah

menongkat langit menegak kejahilan.


Bila mentari mencecah lautan

bangkit kesatria mencantas fitnah

terkulai layu manusia serigala

atas bencana yang membunuh damai.

Apakah akhirnya mentari beku

ditimbus salju antartika.



A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi


7 comments:

rahmahmokhtaruddin said...

wah, ada lagi? hebatnya..

tahniah tuan! semoga terus berkarya!

A. Hamid Halim said...

Terima kasih Rahmah.
Semoga sama-sama kita dilimpahi dengan idea-idea yang membina lagi kreatif.

rahmahmokhtaruddin said...

saya mahu belajar menulis puisi hebat macam tuan.. bagaimana ya?

A. Hamid Halim said...

Biar betul Cik Rahmah. Saya ni serba kekurangan dlm penulisan. Tapi some tips yang saya pegang dlm puisi adalah i. bahasa mestilah puitis @ sedap dibaca @ didengari; ii. Metafora (cth dlm puisi ini: menongkat langit). Gaya bahasa yg lain tu nanti akan dtg dgn sendiri. Kemudian kena rajin mentelaah thesaurus untuk dapatkan perkataan-perkataan yang baru.
(selalunya kalau keliru saya selalu refer buku ulangkaji SPM... kelakarkan)

rahmahmokhtaruddin said...

betullah..
saya tidak pandai menulis puisi macam tuan.

terima kasih untuk tips itu. nampaknya saya akan buka semula buku2 spm lah.. baru-baru ini belajar sesuatu dari majalah dewan siswa.

A. Hamid Halim said...

Kalau nak jadi penulis, Ilham akan ada dimana-mana. Jadi kita pun menulis. Kemudian bila dah ada hasil tulisan itu, selalunya kita akan berhenti kat situ saja kan.
Sebenarnya jika kita touch up bagi lawa lagi sampai kita sendiri naik meremang bulu roma membaca kira oklah tu. Yang penting don't stop to write something & don't give up.

rahmahmokhtaruddin said...

Baik, tuan!

Tips lagi ^^
Terima kasih..

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...