Para pencinta buku pastinya tertunggu-tunggu dengan kedatangan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-29 yang berlangsung dari 19 hingga 28 mac 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra tempoh hari. Tahniah juga diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya mengadakan aktiviti ini saban tahun.
PBAKL telah mempertemukan syarikat-syarikat dan badan-badan yang berkaitan dengan bidang penerbitan dalam usaha mempromosikan hasil terbitan mereka. Aktiviti-aktiviti yang diketengahkan dalam PBAKL adalah seperti pelancaran buku-buku baru, seminar, persembahan, konvensyen dan bermacam-macam aktiviti telah diadakan. 5 buah dewan telah disediakan untuk 190 exhibitor dalam dan luar negara untuk mengambil bahagian.
Bagi bilangan pengunjung pula dijangkakan pengunjung tahun 2010 melebihi catatan tahun 2009 (1.5 milion pengunjung). Ini menandakan bahawa rakyat Malaysia sudah mula cinta pada buku. Jika cinta pada buku sahaja tidak ada gunanya kerana yang paling penting kita perlu memupuk semangat cinta pada membaca.
Dari pemerhatian penulis orang ramai yang pergi ke PBAKL ini sudah semestinya ingin mencari buku-buku yang diidamkan dengan harga yang lebih murah. Selain daripada itu ada yang ingin berjumpa penulis, menyertai program-program dan aktiviti yang disediakan.
Bagi pencinta buku mereka ini tidak akan teragak-agak untuk membeli apa sahaja bahan yang menarik minat mereka. Bagi yang mencintai baca pula, mereka ini lebih sistematik dalam mencari bahan-bahan yang ingin dibeli. Perlu membuat persediaan awal dengan mencari apakah bahan yang ingin dibeli dari media masa dan juga internet. Dengan ini mereka tahu apa yang ingin mereka cari disepanjang perjalanan di pesta buku nanti. Secara tidak langsung mereka dapat menggunakan masa melawat antara satu gerai ke satu gerai dalam jangka waktu lebih singkat. Bagi pencinta buku pula sudah semestinya impak yang paling besar adalah membeli bahan bacaan melebihi kadar yang sepatutnya. Ini akan menghasilkan pembaziran inventori jika buku itu tidak dibaca.
Bagi pencinta buku yang telah membeli dengan kadar yang melebihi had maka kebanyakan pembelian itu akhirnya nanti akan disimpan kemas di dalam almari hiasan sebagai pameran terhadap tetamu yang mengunjungi kediaman mereka. Bagi yang mencintai baca sudah semestinya penjadualan akan menjadi teman dalam menghabiskan bahan-bahan bacaan yang dibeli.
Walau bagaimana pun tidak ada salahnya untuk menjadi pencinta buku tetapi mestilah yang berkhemah dimana dia akan memanafaatkan segala pembeliannya tidak kira sama ada membaca sendiri, memberi pinjaman atau menghadiahkan kepada yang tidak mampu.
Janganlah kerana mencintai buku kita lupa tanggungjawab kita untuk menambah ilmu pengetahuan demi memperjuangkan nasib masa depan anak bangsa.
Gambar di sekitar PBAKL 2010:
(Kesesakkan di Karangkraf & Alaf 21)
(Kesesakkan di gerai PTS)
(Ramli Awang Murshid dengan buku terbaru Cinta Sufi)
(Lynn Dayana dengan buku terbaru - Cinta Edisi Terhad)
(Persembahan di pentas utama)
2 comments:
Salam..
Entah kenapa saya rasa cemburu juga melihat entri tuan yang ini. Mungkin kerana saya tidak habis pusing-pusing di PBAKL kelmarin. Mungkin juga kerana saya masih tamak mahu memborong buku-buku yang sampai sekarang masih belum sempat dibelek lagi, huhu..
Rahmah, tidak mengapa. Tahun depan masih ada kesempatan untuk berpesta lagi insyaallah.
Kalau belum puas atau ada buku yang dicari tidak berjumpa bolehlah merawat dengan mengunjungi kedai-kedai buku di sekitar sini. ;-)
Post a Comment