Tertarik dengan pandangan yang tidak terduga ketika mengelamun di dalam kereta. Melihat ke arah cermin setelah penat memerhati pemandangan sekitar. Sekilas pandang seperti benar-benar kita memandang pohon yang sebenar. Tetapi kita cuma menatap sebuah cermin yang mana kita tidak akan sesekali dapat merasai pohon tersebut. Kita cuma dpt mengusap permukaan cermin tersebut biarpun objek yg dilihat begitu indah.
Apa yang boleh kita perkatakan, kadang-kadang kita tertipu dengan kepalsuan yang kita sendiri tak menyedarinya. Kadang-kadang kita sengaja mencari kepalsuan untuk kepuasan diri kita. Banyak faktor yang boleh di perkatakan bagi mendapat sesuatu yang original atau yang palsu. Faktor kewangan mungkin menjadi faktor utama dalam pemilihan barangan. Ada juga sahabat kita ingin menggunakannya sekali sahaja. Ini memungkinkan dia memilih yang palsu. Bagi yang kerjanya menipu sudah tentu dia akan cuba sedaya upaya mengiklankan yang palsu hinggakan yang palsu kelihatan seperti original. Apa pun sudah semestinya yang original itu lebih baik dari segala segi.