20 MayHari ini kerajaan mengumumkan Malaysia bebas dari penularan Influenza A.
Semoga tiada lagi kes ini akan bangkit selepas ini.... tutup kes
18 MayMalaysia boleh diisytihar bebas daripada penularan virus Influenza A (H1N1) dalam tempoh dua hari lagi, jika tiada kes baru dilaporkan sehingga Rabu ini.
Tujuh penumpang pesawat MH091 dikesan dan kini dikuarantin di rumah dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat. Sebanyak 17 lagi penumpang yang perlu dikesan.Bagi penumpang pesawat AK 5358 , seramai 33 penumpang dan empat krew penerbangan telah dikesan dan mereka kini diletakkan di bawah kuarantin rumah dan berada dalam keadaan sihat. Seramai 69 lagi masih dikesan.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=41183917May:Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta merta.
berita penuh :
http://www.malaysiakini.com/news/104493Seorang penumpang wanita penerbangan MH091 dihantar dan dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah Hospital (HSA) di sini hari ini selepas beliau mengalami demam. Masih menunggu ujian.
berita penuh :
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=41173316 May :Seperti mana kita ketahui satu dunia telah diserang dengan wabak influenza A (H1N1), maka sepatutnya setiap kes yang berkebarangkalian untuk dijangkiti atau mungkin ada pembawa perlulah diambil perhatian. Dengan gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - maka kita perlulah bersegera ke klinik berdekatan untuk diperiksa jika kita atau keluarga kita mendapat simptom tersebut.
Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan pada 15 May. Pelajar tersebut yang baru pulang dari Amerika Syarikat mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan ditahan di Hospital Sungai Buloh.
Pihak Kementerian Kesihatan menggesa semua penumpang dan anak kapal penerbangan MH 091 dari Amerika Syarikat menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan dengan segera.
16 May, Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang. Ia membabitkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Pelajar itu, yang merupakan teman pelajar kes pertama, turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.
Kementerian dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga sedang menghubungi 192 penumpang dan tujuh krew dalam penerbangan tersebut untuk diperiksa.Tambahnya, tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia merupakan penerbangan transit.
Apa yang ingin dikatakan disini adalah sepatutnya kerajaan sudah mendedahkan setiap nama-nama yang terbabit di dalam seluruh media dan linkkan terhadap kesemua mereka yang berada dalam penerbangan tadi. Dengan pengumuman tersebut maka sesiapa yang mengenali setiap individu tersebut pasti akan bertindak dengan sewajarnya, samada memberitahu penguasa atau membawa ke klinik berdekatan.
Setiap individu yang terbabit pula perlu dikaji terhadap history perjalanannya dan kuarantinkan sesiapa yang ada kaitan dengannya. Ini akan dapat mengurangkan penyebaran virus secara berleluasa.
Mungkin di KLIA, setiap penerbangan dari negara yang dijangkiti perlu dikuarantinkan semua penumpang dan anak kapal selama 3 hari di KLIA dan dibebaskan sekiranya benar-benar tidak ada tanda-tanda jangkitan.
Apa yang ditakuti adalah mereka yang ada jangkitan ini ada dimana-mana di negara kita yang dikasihi ini. Dan yang lebih ditakuti mungkin jiran kita atau rakan kita yang ada jangkitan tersebut. Jadi fikir-fikirkan lah mungkin H1N1 berada disisi kita...