Kita tidak akan dapat mengejar masa buat selama-lamanya kerana masa tidak pernah menunggu kita. Masa tidak pernah mencuri tulang. Masa tidak ada masa untuk bergossip. Masa tidak ada masa untuk berhelah. Apa lagi untuk berletihan tika kita kepenatan.
Kita hanya mampu menanti masa yang belum sampai kepada kita dan kemudian kita berjalan seiring dengan masa. Sehingga kita kelelahan, masa akan meninggalkan kita sekali lagi.
Maka gunakanlah masa bersamanya pada waktu yang singkat itu dengan sebaik-baiknya. Sememangnya MASA ITU lebih bernilai dari EMAS.
Maka gunakanlah masa bersamanya pada waktu yang singkat itu dengan sebaik-baiknya. Sememangnya MASA ITU lebih bernilai dari EMAS.
No comments:
Post a Comment