Tanggal 31 Ogos, maka rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan. Pada tahun ini genap 61 tahun kita merdeka.
Sempena cuti kemerdekaan ini saya sekeluarga mengambil peluang berjalan-jalan di Pekanbaru Riau.
Suasana di sini sememangnya sama seperti di Malaysia. Memang pun kita dahulunya serumpun.
Dari bandara kami mengambil teksi terus ke hotel. Semasa dikaunter kami dikenakan 5k rupiah dan harga teksi pula mengikut meter. Harga teksi kami lebih kurang 50K rupiah. Lebih kurang 17ringgit.
Sewaktu check in hotel disediakan juga welcome drink buat penghilang dahaga.
Inilah sahabat yang membawa kami berjalan disepanjang berada di sini. Ucop @ Inal.
Ayam penyet dan patin menjadi pilihan.
Tempat yang mesti kami berkunjung ke Indonesia adalah Gramedia.
Bermacam2 buku terdapat di sini.
Kami juga melawat tapak Taman Budaya.
Pisang bakar cheese menjadi pilihan
Jagung bakarnya juga sangat sedap
Masjid Agung pekanbaru. Perlu dilawati.
Danau buatan. Sedikit terbiar. Jika diurus dengan baik boleh menjadi tempat wisata terbaik.
Barangan kraftangan yang diperbuat dari rotan boleh didapati di tepi-tepi jalan.
Bangunan perpustakaan besar di sini.
Salah sebuah pusat membeli belah.
Pasar wisata Pasar Bawah, pekanbaru, Riau
Di sini kita boleh menjamu selera dengan pelbagai juadah dari durian.
Tiba masa untuk pulang.