Monday, August 29, 2011

Salam Aidilfitfri buat semua


Saya ingin mengucap Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat sahabat-sahabat, sanak saudara dan semua muslimin muslimat sekalian. Jika ada yang tersilap, terkasar bahasa, termakan dan segala ter atau sengaja harap dimaafkan.

Bagi yang memandu, berhati-hati di jalan raya.
Bagi yang kena kerja di hari raya.. harap bersabarlah yer...
Bagi yang suka bermain mercun berhati-hati ketika membakar mercun takut nanti terbakar dirilah pula.
Bagi yang tidak balik kampung tu.. tolong tolonglah tengok rumah jiran yang pulang beraya sekali..
bagi yang belum membayar zakat tu cepat-cepatlah menunaikannya, takut nanti terlupalah pula.

Semoga raya kali ini memberi erti yang besar buat semua.
"Selamat Hari Raya"

Sunday, August 14, 2011

3, 2, 1 Cinta



Dah lamo den tak menulis di blog nie. Tadi masa masuk pun penuh dengan sawang. Berdebu debu dah rumah ni. jenuh nak mencuci dan mengelapnya. ish ish ish...
Hari ni nak bercerita tentang sebuah filem kegemaran den pada saat dan ketika ini... layan jer larian pena den kek bawah nie. emmm...

Cerita ni dah lama masuk panggung. Bulan Jun hari tu lagi. Pada mulanya hanya melihat promo sahaja. Kemudian bila filem ini masuk ke Panggung Astro, tergerak pula hendak melanggan. Cerita ini memang menarik. Disebabkan tidak puas menonton beli pula DVDnya. Apa? Cetak rompak. No no no... cetak rompak tak main tau. Saya beli yang Ori.
Bermula dengan artikel perigi mencari timba yang menyatakan nisbah perempuan dengan lelaki adalah 37:1, membuatkan Sam lakonan Diana Amir seorang gadis Tomboy terdesak untuk mencari jodoh untuk dirinya. Dia takut menjadi andartu. Kemudian dia tertarik dengan Nazril (Farid Kamil) dan berusaha untuk mendapatkannya. Nazril merupakan jejaka idaman Malaya bagi pelajar-pelajar perempuan Kolej ini. Bermulalah kisah romantik komedi ini apabila Sam membuat pelbagai usaha yang berani, nekad dan tidak terfikir dek akal.

Filem ini juga memaparkan kisah bagaimana ayah tiri yang sabar melayan kerenah anak tirinya (Sam) yang masih tidak dapat menerimanya sejak kematian ayah sebenar Sam.

Watak Fariz (Pierre Andre) terus menghidupkan filem ini. Kesabarannya menanti Sam sehinggakan sanggup dia menunggu lapan semester di Kolej ini.
Siapakah yang dapat memenangi hati Sam? Nazril atau Fariz? Kalau nak tahu tengok sendiri cerita ni... hehe.. k. bye have a nice day...


Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...