Setiap hari terdapat dua persembahan daripada krew-krew iaitu pada pukul 11.45 pagi dan 4.00 petang. Antara persembahan yang dipertontonkan seperti menari bersama buaya, cara menggosok gigi buaya, bersantai di atas belakang buaya dan memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Selepas persembahan di kolam pertunjukkan, penonton dibawa pula melihat bagaimana cara memberi makan kepada buaya.
Sebuah Blog A. Hamid Halim yang mengisarkan pengembaraan di dunia yang penuh dengan tragedi. Lalu dengan rasa penuh tulus dan ikhlas ingin berkongsi cebis-cebis pengalaman dengan rakan-rakan sekalian.
Thursday, November 18, 2010
Buaya di Sandakan
Setiap hari terdapat dua persembahan daripada krew-krew iaitu pada pukul 11.45 pagi dan 4.00 petang. Antara persembahan yang dipertontonkan seperti menari bersama buaya, cara menggosok gigi buaya, bersantai di atas belakang buaya dan memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Selepas persembahan di kolam pertunjukkan, penonton dibawa pula melihat bagaimana cara memberi makan kepada buaya.
Tuesday, November 16, 2010
Ikan Bakar Mama Resepi
Sudah lama tidak menulis di blog ini. Sibuklah konon. Aduyai. Memang aku ni bukan penulis yang konsisten. Emmm... Kena ubah perangai ni. Hari ini ada masa sikit jadi hendak kongsi pengalaman dengan kau orang. Apa lagi jalan-jalan cari makanlah.
Semalam saya bertolak untuk cuti raya haji ke Sandakan dengan MH2706 yang bertolak dari KLIA pada jam 1525. Sampai sahaja ke Sandakan isteri tersayang yang pulang lebih awal sudah menanti di pintu ketibaan.
Bersama bapa mentua dan adik ipar kami bertolak ke Pasar Sim Sim untuk menikmati makan malam. tempat yang menjadi pilihan pada kali ini ialah Ikan Bakar Mama Resepi.
Bila makan memang tidak ingat dunia lagi. Itulah sebabnya aku tidak sempat menangkap gambar ikan-ikan yang terpilih. Lupa segala. Hanya yang ingat pada waktu dan ketika itu melampiaskan nafsu perut. Ha ha ha...
Di kawasan pasar ini terdapat lebih kurang empat atau lima lagi gerai yang menjual ikan bakar. Gerai ini merupakan antara yang tersedap.
Setelah kenyang kami pun pulang dengan kepuasan. Apa yang pasti ini bukan kali terakhir aku ke sini dalam percutian ini. Aku akan datang lagi ke sini dan pada waktu itu aku akan tangkap gambar ikan-ikan yang kelihatannya sangat lazat. Kalau tak pun gambar tulang-tulang ikan pun jadi.
Akhir kata Selamat menyambut Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hamid Picture
About Me

- A. Hamid Halim
- Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...