Tahun baru. Azam pun baru. Teringin nak menulis novel. ha ha ha... boleh kah aku menerima cabaran ini. Yalah, Asyik membaca novel orang lain saja, sekali sekala biarlah orang lain pula yang baca novel aku.
Apa-apa pekerjaan yang kita nak buat pun pertama, mestilah bersungguh-sungguh (Rasanya aku memang nak bersungguh kali ni. Asyik terbengkalai sahaja sebelum ini). Bahan dah ada kah? Insyaallah setelah aku menunjukkan sinopsis kepada keluargaku (peminat & pengkritik tetap aku) mereka berminat dan mencabar aku supaya dihabiskan cerita tersebut. Selain itu beberapa kitab untuk menulis juga aku sediakan (sebab tidak ada pendidikan formal dalam penulisan).
Aku teringin hendak berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tentang satu bab dalam buku 'Writing a Novel and Getting Published for Dummies'. Banyak motivasi yang terdapat dalam buku ini jika kita hendak terus menulis. Jika kita hendak buat apa benda sekali pun tidak kira dalam apa bidang, perkara yang utama ialah praktis. Orang putih cakap 'Practice make perfects'. Gary Player (Champion Golfer) berkata 'The harder I practice the luckier I get'.
Di dalam penulisan ini pun begitu juga perlu banyak latihan untuk kita maju dan cekap. Antara perkara yang dicadangkan didalam buku ini untuk menulis novel adalah:
i. Menulislah dalam masa sepuluh minit setelah kamu bangun dari tidur. Tulislah apa sahaja. Boleh bermula dengan cerita dari mimpi yang kita ingat. Bebas dan tiada peraturan.
ii. Tulis lah 3 mukasurat dari cerita kamu (800 hingga 1000 patah perkataan)
iii. Setiap hari ruangkan masa dengan menulis 300 patah perkataan mengenai gambaran dan kelakuan terhadap seseorang yang kamu jumpa atau yang kamu perhatikan.
vi. Tulislah 300 patah perkataan tentang penulisan kamu setakat ini. Seperti sepucuk surat kepada dirimu, merefleksikan tentang apa yang anda lakukan dan bagaimana perjalanannya.
v. Untuk lebih kesenangan bacalah bab-bab dari novel lain atau cerpen agar dapat memberi idea baru dan segar.
Itulah serba sedikit yang dapat dikongsikan dan boleh juga dipraktiskan oleh kawan-kawan.