Setiap hari terdapat dua persembahan daripada krew-krew iaitu pada pukul 11.45 pagi dan 4.00 petang. Antara persembahan yang dipertontonkan seperti menari bersama buaya, cara menggosok gigi buaya, bersantai di atas belakang buaya dan memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Selepas persembahan di kolam pertunjukkan, penonton dibawa pula melihat bagaimana cara memberi makan kepada buaya.
Sebuah Blog A. Hamid Halim yang mengisarkan pengembaraan di dunia yang penuh dengan tragedi. Lalu dengan rasa penuh tulus dan ikhlas ingin berkongsi cebis-cebis pengalaman dengan rakan-rakan sekalian.
Thursday, November 18, 2010
Buaya di Sandakan
Setiap hari terdapat dua persembahan daripada krew-krew iaitu pada pukul 11.45 pagi dan 4.00 petang. Antara persembahan yang dipertontonkan seperti menari bersama buaya, cara menggosok gigi buaya, bersantai di atas belakang buaya dan memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Selepas persembahan di kolam pertunjukkan, penonton dibawa pula melihat bagaimana cara memberi makan kepada buaya.
Tuesday, November 16, 2010
Ikan Bakar Mama Resepi
Semalam saya bertolak untuk cuti raya haji ke Sandakan dengan MH2706 yang bertolak dari KLIA pada jam 1525. Sampai sahaja ke Sandakan isteri tersayang yang pulang lebih awal sudah menanti di pintu ketibaan.
Bersama bapa mentua dan adik ipar kami bertolak ke Pasar Sim Sim untuk menikmati makan malam. tempat yang menjadi pilihan pada kali ini ialah Ikan Bakar Mama Resepi.
Di kawasan pasar ini terdapat lebih kurang empat atau lima lagi gerai yang menjual ikan bakar. Gerai ini merupakan antara yang tersedap.
Setelah kenyang kami pun pulang dengan kepuasan. Apa yang pasti ini bukan kali terakhir aku ke sini dalam percutian ini. Aku akan datang lagi ke sini dan pada waktu itu aku akan tangkap gambar ikan-ikan yang kelihatannya sangat lazat. Kalau tak pun gambar tulang-tulang ikan pun jadi.
Akhir kata Selamat menyambut Aidil Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Thursday, September 9, 2010
Selamat Hari Raya Aidifitri

Bersempena dengan hari baik di bulan baik ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat dan memohon ampun maaf sekiranya ada terkasar bahasa serta salah dan silap sepanjang musim perkenalan kita.
Monday, July 5, 2010
Pastikah Perjuangan
Pastikah Perjuangan
Kenapa muncul segenggam benci
dari sanubari bersarang dendam
terhadap kesumat yang telah tersurat
dalam lipatan sejarah hitam.
Kenapa engkau bersungut mendesah
jelak dengan ketentuan tersirat
tidak reda melalui liku liku pengharapan
selama musim gerhana ini.
Bagaimana jika pentas usang ini
Tidak bertukar lantainya
Tidak bersalin langsirnya
Tidak berubah latarnya
Tidak berganti permaidaninya.
Bagaimana harus engkau lenyapkan
rasa gusar menggelupur di dasar hati.
Pastikan tekad tertanam dalam diri
jika kecewa kibarkanlah panji keamanan
jika simpati sumbangkanlah pengorbanan mulia
jika kasih dakaplah dengan penuh mahabbah
agar perjuanganmu
akan terus menjadi
perjuangan suci di bumi Ilahi.
A. Hamid Halim
Bandar Baru Bangi
(Berita harian - 26 Jun 2010)
Tuesday, June 15, 2010
Tak Usah Resah
Puisi (Berita Harian - 5 Jun 2010)
Tak Usah Resah
Tak usah resah
jika gempar gempa
menggegar ruang kewarasanmu.
Aplikasikan pelantar ilmu
yang menjadi juntaian harapan
bagi memadam api yang marak
kerana pastinya akan lebur
gumpalan kerumitan dalam kawah penyelesaian.
Tak usah resah
jika taufan egois
menghentam jendela kebenaran.
Pasti huru-hara setia menanti
kan berhamburan tulang-tulang angkuh
berantakan daging daging kibir
lalu membunuh virus virus honar
dalam gelegak gejolak kegelisahan.
A. Hamid Halim
PBAKL 2010, PWTC
Friday, June 11, 2010
Top Blogger 2010 - Tag dari Cik Rahmah

Okay... nak start menjawab dah nie...

3. Cerita pasal gambar ni...
- Begini ceritanya, Pada suatu hari sedang ku berjalan-jalan di pinggir hutan di negeri entah berantah, ada seorang gadis yang cantik jelita menahanku dan berkata dengan manjanya. "Abe, boleh tak adik lukis gambar abe?". Aku pun menjawab " Demi adik manis, buatlah apa saja". Itulah ceritanya. (Boleh kah?)
4. Kali terakhir makan PIZZA?
- Rasa-rasanya 4 bulan yang lalu. (Feb 10)
5. Lagu terakhir anda dengar?
- Sudah tentu Demi Cinta Ini - Febians
6. Apa anda buat selain selesaikan tag nih?
- Mengunyah kacang Tong Garden.
7. Selain nama sendiri anda dipanggil apa...?
- Che Mid.
8. Tag lagi 5 orang.
- Kak Long Comel
- Wan Norizan
- Nazmi Yaakub
- Jimadie
- Liza
9. Siapa orang no 1 pada anda?
- Kak Long atau Kak Niza merupakan salah seorang yang memberi inspirasi dalam dunia penulisan.
10. Katakan sesuatu pada orang no. 5...
- Seorang rakan yang baik dan tidak pernah mengenal erti perit dan jemu. Juga berani mencuba sesuatu yang baru untuk kebaikan diri sendiri.
11. No 3 ada hubungan dengan siapa?
- So far, hubungan dengan famili tersayang dialah. Yang sulit tak taulah pula. (hehe...)
12. Bagaimana pula dengan no 2?
- Yang ini sahabat sejati saya. Dari sekolah rendah sampai ke U kami sekali.
13. Kata-kata cinta dengan orang no 4.
- Jim, I luv u... (Dah kata-kata cinta macam gitulah kot... anyway tak ada maksud tersirat tau hahaha...)
14. Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda.
- Semestinya dia seorang wanita yang kiut
- Meminati bidang sastera especially Novel dan puisi.
- Blog dia best sebab tu saya kenal dia kot hehe...
- Gigih dalam mengejar cita-cita
- Adik kepada rakan saya Mokhtaza (rakan seusrah)
Akhirnya, semua soalan dah selesai terjawab.
Apa lagi sahabat2 yang telah di tag kan tu sambung-sambungkanlah.
Wassalam
Sunday, May 30, 2010
Bukit Gambang Resort City Kuantan
Perjalanan selama 3 jam dari Bandar Baru Bangi pada 15 Mei 2010 membawa penulis dan keluarga ke satu kawasan perkampungan yang damai di Gambang. Melalui pekannya yang hanya mempunyai beberapa blok kedai dan kami meneruskan perjalanan hingga ke Bukit Gambang Resort.

Sesampai di lobby kami terus check in. Tetapi tidak terus memasuki bilik. Sebaliknya kami mengarah ke Bukit Gambang water park yang terletak kira-kira 200 meter dari situ. Cara untuk ke situ boleh sahaja menaiki kereta sendiri, berjalan kaki atau menaiki tren yang disediakan. Kami memilih untuk menaiki kereta.
Kawasan yang kelihatan pada gambar di atas adalah penguin island. Di sini terdapatnya kids slide, adults leisure pool, aquaplay dan glacier river.





(Dengan kata lain perut sudah pun mendendangkan lagu keroncong untuk makanan...)








Akhirnya tibalah waktu pulang ke BBB pada 16 Mei 2010. Bukit Gambang ternyata tidak mengecewakan bagi para penggemar percutian yang berteraskan air.
Hamid Picture
About Me

- A. Hamid Halim
- Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...