Tepat 12 tengah malam nanti seluruh dunia akan menyambut tahun baru 2010. Setiap tahun perkara yang sama akan berlaku dan dilakukan bagai satu budaya yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi sehingga kini. Yang pastinya setiap orang ada caranya tersendiri. Keceriaan atau Kesedihan sudah tentu akan melakari wajah-wajah setiap insan.
2009 pasti akan menjadi sejarah bila tiba detik 12 malam. Berbagai peristiwa suka dan duka menyelami sanubari kita. Pasti kita masih ingat Barrack Hussein Obama menjadi presiden ke-44 Amerika Syarikat pada 20 Jan 2009. Detik demi detik bermacam peristiwa berlaku. Keganasan, Pernikahan, Kematian dan lain-lain lagi sehinggalah pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Sukan Sea di Laos. Terbaharu keganasan bolasepak oleh penyokong kedah di pertandingan akhir Piala Emas Raja-Raja dimana Perlis menjadi juara dengan menewaskan Kedah 2-0.
Tahun 2010 sudah semestinya meningkatkan umur kita setahun lagi. Sudahkah kita memeriksa amalan kita setakat ini. Kita tidak patut mengambil ringan terhadap amalan untuk akhirat. Jika tahun 2009 kita lebih terjerumus dan melebih-lebihkan perkara dunia, apa salahnya jika kita tambah pula target kita tahun 2010 untuk menjadi seorang manusia beriman dan menambah amal soleh demi menjamin kesejahteraaqn dunia dan akhirat.
Bila sebut tahun baru maka setiap individu pasti akan secara sedar atau tidak memasang azam baru untuk tahun baru. Biarpun yang lama masih terkontang kanting tidak melepasi target tapi semngat tahun baru pasti akan membuatkan individu memperbaharui target yang baru. semoga tahun baru 2010 kita akan bertambah berjaya dengan azam-azam baru tidak kira yang dibawa dari tahun lepas atau sememangnya itu memang azam yang tidak pernah kita fikirkan sebelum ini. Apa yang penting kita mesti lebih berjaya dalam tahun yang akan datang.
"Selamat Tinggal 2009 - Selamat Datang 2010"