Saturday, May 23, 2009

Sejarah hitam di library bangi


23 may 09 - tragedi yang mungkin akan dingati sampai bila2. Ketika penulis dan anak perempuannya yg berumur 12 tahun menuruni bangunan perpustakaan bdr baru bangi dari tingkat 1 ke tingkat G lif berhenti berfungsi menyebabkan penulis dan anaknya terperangkap di situ. Jam menunjukkan pukul 12.42. Dalam kegelapan mencari idea bagaimana mahu meloloskan diri dr situ. Cuba mengetuk pintu agar didengari pengunjung yg lalu lalang, tetapi sia-sia.

Menunggu lagi dgn harapan elektrik akan kembali berfungsi.
1pm - cuba membuat panggilan kepada sahabat yg tinggal berdekatan terutamanya sek 8. Mungkin hari ini malang kerana tiada sahabat yg menjawab, even org rumah pun x perasan. Hari sabtu agaknya. Dlm gelap mencari no library dlm kad perpustakaan. Telefon tapi x berjawab. Akhirnya rakanku rahimi menjawab. Tetapi dia di darul shifa. Bersedia utk keluar kawasan.

1.20pm - terfikir utk menalipon bomba tetapi tiada no. Cuba telefon telekom. 103. Dapat. Tapi apa yg terkilan apabila cuba minta dia membantu utk menghubungi bomba dia cuma dpt memberi no. X boleh bantu. Alangkah peramahnya operator di talian. Kalau duit dlm phone ada seposen mcm mana agaknya. Dia suruh aku menyalin. Uhhh... Dlm gelap. Menyalin. Bayangkanlah. Nasib baik hari ni bawa 2 telefon. Salinlah no kt tepon satu lagi. Line maxis. Tak der signal pula. Nasib baik celcom ok. Telefon lah bomba. Bila dpt ckplah yg kita ni terperangkap. Dia ckp ok. Tunggu punya tunggu dlm 15 minit lebih kurang bomba belum sampai. Telefon bomba lagi. Katanya ada kes kebakaran. Bila ckp dah lama tperangkap bomba mengambil butir diri. Aitt... Yg mula tadi x der amik butir diri. Alamak mcm mana ni. Boleh caya ker. Teringat sahabat di desa surada daud. Tepon dia. Dia juga bantu tepon library tapi x angkat. Kemdian dia tepon bomba juga. Tq daud. Jasamu dikenang. Sekali sekala cuba mengetuk pintu dan menjerit minta pertolongan. Tapi hampa.

Sudah kepanasan. Takut oksigen habis cuba menolak pintu lif (kali ketiga) dgn sekuat tenaga lelakiku akhirnya terbuka. Dapatlah bernafas sikit. Tetapi masih terperangkap dgn pintu utama. Yg ini lebih mantap. Tak dpt nak tolak lagi. Tapi harapan masih ada. Tawakkal.
Cuba mengintai dari celah pintu. Baru tahu yg sudah hampir ke level G. Lebih kurang sekaki lagi. Lega kerana x terperangkap di antara dinding atau bawah tanah.

Akhirnya ada seorang hamba allah lalu. Terus menjerit meminta pertolongan. Dia tampak terkejut. Mungkin x sangka ada suara dr celah dinding. Terus aku menyatakan yg aku terperangkap. Dia cuba menarik pintu lif. Tapi x dpt. Dia mencari pertolongan. Berjumpa sebatang mop dan cuba mencungkil dan aku menolak dari dlm. Tak dapat juga. Aku meminta biarkan saja mop itu diantara pintu agar udara boleh masuk ke dlm. Ketika itu terdengar beberapa suara dr luar. Aku bertambah lega. Dan bertambah lega lagi bila terdengar siren bomba lebih kurang pukul 2pm. Mereka mencungkil pintu sehingga terbuka. Alhamdulillah. Terima kasih kpd abg yang tak kukenali membantuku dan anggota bomba yg menyelamatkan aku dan anakku.
Begitulah al kisahnya. Mungkin sebulan dua ini aku akan trauma dgn kejadian ini.

Gambar: kenangan ditempat kejadian.
.

Saturday, May 16, 2009

H1N1 - Mungkin ianya berada disisi anda


20 May
Hari ini kerajaan mengumumkan Malaysia bebas dari penularan Influenza A.
Semoga tiada lagi kes ini akan bangkit selepas ini.... tutup kes

18 May
Malaysia boleh diisytihar bebas daripada penularan virus Influenza A (H1N1) dalam tempoh dua hari lagi, jika tiada kes baru dilaporkan sehingga Rabu ini.
Tujuh penumpang pesawat MH091 dikesan dan kini dikuarantin di rumah dan kesemuanya berada dalam keadaan sihat. Sebanyak 17 lagi penumpang yang perlu dikesan.Bagi penumpang pesawat AK 5358 , seramai 33 penumpang dan empat krew penerbangan telah dikesan dan mereka kini diletakkan di bawah kuarantin rumah dan berada dalam keadaan sihat. Seramai 69 lagi masih dikesan.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=411839

17May:
Kesemua 101 penumpang dan lima krew penerbangan AirAsia AK5358 - yang dinaiki penghidap influenca A (HINI) - dari Sepang ke Pulau Pinang pada 13 Mei lalu akan dikurantin di rumah berkuatkuasa serta merta.
berita penuh : http://www.malaysiakini.com/news/104493

Seorang penumpang wanita penerbangan MH091 dihantar dan dikuarantin di Hospital Sultanah Aminah Hospital (HSA) di sini hari ini selepas beliau mengalami demam. Masih menunggu ujian.
berita penuh : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=411733


16 May :
Seperti mana kita ketahui satu dunia telah diserang dengan wabak influenza A (H1N1), maka sepatutnya setiap kes yang berkebarangkalian untuk dijangkiti atau mungkin ada pembawa perlulah diambil perhatian. Dengan gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - maka kita perlulah bersegera ke klinik berdekatan untuk diperiksa jika kita atau keluarga kita mendapat simptom tersebut.

Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan pada 15 May. Pelajar tersebut yang baru pulang dari Amerika Syarikat mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan ditahan di Hospital Sungai Buloh.

Pihak Kementerian Kesihatan menggesa semua penumpang dan anak kapal penerbangan MH 091 dari Amerika Syarikat menghubungi talian 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 untuk tindakan susulan dengan segera.

16 May, Kes kedua influenza A (HINI) dikesan di Hospital Pulau Pinang. Ia membabitkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Pelajar itu, yang merupakan teman pelajar kes pertama, turut menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada jam 7.15 pagi 13 Mei lepas.

Kementerian dengan kerjasama Penerbangan Malaysia (MAS) juga sedang menghubungi 192 penumpang dan tujuh krew dalam penerbangan tersebut untuk diperiksa.Tambahnya, tetapi tidak semua penumpang terbabit berada di negara ini memandangkan ia merupakan penerbangan transit.

Apa yang ingin dikatakan disini adalah sepatutnya kerajaan sudah mendedahkan setiap nama-nama yang terbabit di dalam seluruh media dan linkkan terhadap kesemua mereka yang berada dalam penerbangan tadi. Dengan pengumuman tersebut maka sesiapa yang mengenali setiap individu tersebut pasti akan bertindak dengan sewajarnya, samada memberitahu penguasa atau membawa ke klinik berdekatan.

Setiap individu yang terbabit pula perlu dikaji terhadap history perjalanannya dan kuarantinkan sesiapa yang ada kaitan dengannya. Ini akan dapat mengurangkan penyebaran virus secara berleluasa.

Mungkin di KLIA, setiap penerbangan dari negara yang dijangkiti perlu dikuarantinkan semua penumpang dan anak kapal selama 3 hari di KLIA dan dibebaskan sekiranya benar-benar tidak ada tanda-tanda jangkitan.

Apa yang ditakuti adalah mereka yang ada jangkitan ini ada dimana-mana di negara kita yang dikasihi ini. Dan yang lebih ditakuti mungkin jiran kita atau rakan kita yang ada jangkitan tersebut. Jadi fikir-fikirkan lah mungkin H1N1 berada disisi kita...

My citarasa sek 7 bangi


Zaman berubah. Dahulu lain sekarang lain. Informasi yang ingin kita perolehi pastinya yang cepat dan semestinya yg tepat.
Dlm menerima informasi terdapat 2 bentuk yg kita perolehi. Satu menyokong, satu membangkang. Kitalah sebagai juri yg menentukan yg mana satu adalah yg benar.
Kebanyakan dr kita menggunakan logik akal untuk menentukan kebenaran. Pemikiran sebegini kadangkala memakan diri kerana ianya byk menurut nafsu. Jadi jalan terbaik adalah mengambil quran dan hadis sebagai penyelesaian.
Gambar: penulis menulis blog ini di cafe my citarasa bangi. Sambil menjamah... Nyum nyum... Informasi dimana-mana.

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...