Tuesday, April 21, 2009

Don't wait to start at 1st January. Start it today...


TERPESONA dengan kata-kata Bob salah seorang jurulatih dalam 'The Biggest Loser' episod finale musim ketiga terhadap para peminatnya. "Don't wait to start at 1st January. Start it Today" begitu mendalam sekali makna tersirat disebalik kata yang dilafazkan secara spontan itu. Rancangan The Biggest Loser adalah perlumbaan bagi orang-orang gemuk di Amerika untuk menurunkan berat badan mereka. Peratus penurunan yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang.

Mengambil 1hb Januari dalam bait-bait kata cukup berkesan. 1 Januari adalah permulaan bagi tahun baru. Sudah menjadi kebiasaan terhadap rakyat marhain seperti kita ini akan menetapkan matlamat terhadap azam yang baru pada tarikh tahun baru tersebut. Mungkin kerana 1 Januari itu adalah dikira sebagai titik mula maka senang bagi kita untuk mengira tahap pencapaian kpi kita atau kerana 1 januari itu masih lambat lagi akan tiba maka kita akan berasa lebih selesa dengan janji kita. (Atau mungkin boleh kita katakan janji-janji palsu kita)

Beliau menekankan supaya mulakan apa yang kita citakan dari hari ini, jangan menunggu sehingga tahun baru yang akan muncul kelak (mungkin besok, sebulan lagi, atau 11 bulan lagi). Walaupun kata-katanya adalah untuk menggesa para peminatnya menjalankan aktiviti menurunkan berat badan tetapi kita boleh mengambil iktibar dengan mengaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

Jika kita berkehendakkan sesuatu maka bermulalah dari sekarang. Jika kita mengenakan target terhadap projek kita maka kita perlu bermula dari sekarang untuk merealisasikannya. Jika kita bercita-cita menjadi ahli perniagaan yang berjaya kita perlu mulakan perniagaan kecil-kecilan dari sekarang. Jika kita bercita-cita menjadi ahli politik, kita perlu menonjolkan diri kita dari sekarang. (Cara yang bagaimana terpulang kepada individu...)

Apa yang menarik tentang program ini adalah ianya menjadi pemangkin terhadap manusia-manusia yang gemuk untuk menguruskan berat badan mereka. Terfikir juga sepatutnya di Malaysia perlu ada rancangan yang seumpama itu bagi menjadikan rakyat sihat hidup cergas.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa gambar waktu meletak kenderaan dipasar yang diletakkan dipermulaan bicara. Ada kena mengenakah dengan cerita yang disampaikan. Tertarik dengan makna disebaliknya. Jika kita lihat untuk orang awam ianya bermula dari pukul 7 pagi. Bagi lori pemunggah dari jam 2 pagi sehingga pukul 7. Ini menunjukkan bahawa pukul 7 pagi orang awam akan mula ramai di situ. Pemunggah lori pula perlu menghabiskan kerja sebelum pukul 7 pagi. Ini adalah target mereka menghabiskan kerja. Bayangkanlah para pelaut mesti sampai ke pelabuhan sebelum pukul 2 pagi. Jika masa ini dilanggar maka itulah yang terjadinya traffic jam di merata-rata kerana ada urusan yang belum selesai. Jadi mereka tidak boleh menunggu last minute untuk buat kerja mereka. Mereka mesti bertindak lebih awal untuk keselesaan semua pihak.
Akhir sekali, kita boleh mencapai apa yang kita inginkan dengan berusaha. Di dunia global yang semakin mencabar dan penuh dengan persaingan ini, kita perlu melakukan gerakan kita dengan pantas dan cepat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ayuh... apa tunggu lagi

Sunday, April 19, 2009

Futsal di samba pj


Bermain futsal di samba futsal di pj. Kata org senaman menyihatkan badan. Lagipun badan pun dah berat nie. Main dengan x kulim. Semua pun veteran juga... Jadi main relax2 jer.

Friday, April 17, 2009

Ayat Ayat Cinta


Menghurai sebuah kasih sayang dalam ayat-ayat cinta. Sebuah lafaz yang terlalu sukar untuk diluahkan terhadap seorang yang bernama kekasih. Bait-bait yang mungkin akan meruntun jiwa dengan sebuah rasa, sebuah cita dari hati yang luhur.

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Berserabut dalam dakapan keresahan pabila ruang fikir kosong. Sepi dihati. dunia terasa tiada ertinya lagi. Cinta terlarang yang datang menjenguk dikamar rindu menagih sebuah kesan yang abadi. Pedih tak terperi.
Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Ada ketikanya sewaktu seluruh kudrat terlalu rindu akan kekasih. Terpaparlah kekuatan dalam diri. Sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Sanggup meninggalkan harta benda. Sanggup mengenepikan maruah keluarga. Itulah pengorbanan yang sejati.
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Kita cuma manusia biasa yang tidak mampu menentang kehendakNya. Kita cuma insan yang merancang tanpa mengetahui apa yang akan dilakukanNya. Biarpun sejuta rintangan yang menghalang tetap ditempuhi jua. Dengarkanlah alam maya yang maha luas ini. Cerita yang benar benar ikhlas. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa kuatnya ikatan maya percintaan dalam diri ini.
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud…
Kekuatan cinta yang akhirnya membawa hidup bersama. Terpancar cahaya kegembiraan. Terpampang keceriaan suria yang mengucapkan selamat terhadap alam yang sedang tersenyum. Namun dari Dia kita datang kepada Dia kita pergi. Sesungguhnya cinta itu suci. Tidak mengenal bangsa. Kan terbang buih buih cinta ini ke Firdausi yang menanti.

Thursday, April 16, 2009

Sesat Dalam Sesak

Aku sesat dalam sesak
sesak membuatkan aku sesat
sesat menjadikan aku sesak
sesak teresak-esak mencari lorong
keluar dari sesat.
Aku sesat di sini
di luar sana sesak
aku masuk sesak
sesak berasak ke segenap ruang
sesat dalam sesak
sesak terus sesat
sesat dalam sesak
sesak jatuh sesat
sesat dalam sesak.
Buntu...
tiada lorong keluar
aku sudah sesat
bingung...
aku terjatuh
lalu tersepit
di dalam sesak.

Hamid Picture

About Me

My photo
Dalam suram malam. Menagih satu janji. Menadah... Mengharap...